August 2016

Pelan Trade Crude Oil 17 Ogos 2016, 3 Buy 1 Sell

No comments

Untuk trade Crude Oil malam ini, langkah precaution perlu diambil memandangkan hari ini ada news inventory pada pukul 10:30 malam waktu Malaysia. Saya kurang pandai nak trade news, jadi saya akan mengelak untuk trade selama setengah jam iaitu antara range masa 15 minit sebelum news dan 15 minit selepas news. Kerana news, tahu-tahu jela kan volatility akan meningkat mendadak akan tetapi liquidity akan menurun. Bermaksud harga akan bergerak laju, namun untuk satu-satu order filled pada harga yang kita mahu adalah tipis atau dipanggil slippage. Slippage pada CL boleh terjadi sehingga berbelas malah berpuluh ticks sekiranya harga bergerak terlalu laju. Saya sendiri pernah terkena slippage 17 ticks semasa meletakkan stop loss, bermaksud stop loss saya filled pada harga offset dari order + slippage. So, sekarang dah serik.

news-17082016

Ok moving forward, untuk hari ini perancangannya adalah 3 tempat untuk buy dan 1 analisa untuk sell. Akan tetapi analisa lebih berat kepada buy kerana mengikut trend. Kawasan entry yang pertama adalah seperti gambar di bawah. Beranggapan harga akan bergerak ke level lower channel dan entry buy boleh dibuat sekiranya harga tidak break lower channel. Breakout entry atau apa saja entry yang ada confirmation adalah dicadangkan untuk entry di kawasan ini.

entry1-17082016

Entry yang kedua adalah beranggapan sama ada harga bergerak sehingga ke lower channel atau pun tak sampai lower channel. Jadi penantian adalah sehingga harga Crude Oil membuat breakout di upper channel, TETAPI tidak melepasi level berwarna hijau. Entry boleh dibuat pada pullback di upper channel. Pastikan entry adalah DI ATAS upper channel dan bukan di dalam channel.

entry2-17082016

Sekiranya pergerakan harga terlalu laju mungkin akibat news dan break sehingga melepasi level berwarna hijau, penantian entry adalah pada pullback dengan syarat structure pasaran mestilah membuat 2 legs structure iaitu ada H, L, HL, LL. Satu leg structure tak boleh, nanti SL kena sapu.

entry3-17082016

Berkemungkinan juga pasaran buat gila malam ni, seller dan geng-geng beruang terlalu kuat. Dengan ini, penantian sell adalah setelah harga break lower channel. Entry adalah pada pullback selepas break lower channel. Pastikan entry adalah pada lower channel dan bukan di dalam channel.

crude oil sellSekian saja untuk hari ini, tak sempat nak goreng lebih. Anak tak sihat pula hari ni. Babai!!


Pembaca yang budiman, berminat ke nak tahu update dari pos-pos akan datang? Macam analisa sebelum pasaran bergerak ke, post mortem ke, atau apa-apa saja. Jika berminat, saya akan hantarkan emel kepada anda setiap kali saya ada post entry baru di website. Kalau minat boleh isi form di sebelah bawah ya. Kalau nak la, taknak takpe tanya je.

[newsletter_signup_form id=2]

 

FaizhebatPelan Trade Crude Oil 17 Ogos 2016, 3 Buy 1 Sell
read more

Pelan Trade Crude Oil 15 Ogos 2016

No comments

Untuk pelan trading Crude Oil (CL), malam ini masih mencari buy. Banyak evidence pada chart yang menunjukkan bullish masih berkuasa. Sampai mana kenaikan? Dijangkakan kenaikan sehingga 45.96 berdasarkan pengiraan ahli falak. Hehe. Ok mari kita mencari evidence atau bukti-bukti yang menunjukkan bullish masih kuat.

Crude Oil Trendline & Channel

channel-breakout

Dapat dilihat harga Crude Oil masih berada di atas trendline. Kemudian, ambil parallel line dari trendline dan letakkan di extreme high untuk menjadikan channel. Dapat dilihat, pergerakan harga yang telah break upper channel dan ada pullback sebagai confirmation kepada successful breakout. Pergerakan structure pasaran yang membentuk new higher high juga sebagai bukti bullish sentimen masih kuat.

Jangkaan Target Pergerakan Pasaran

Target Level Crude Oil
Seperti dinyatakan di atas, harga CL dijangka akan naik sehingga 45.96 yang ditandakan dengan garisan horizontal merah dan ini dibuktikan dengan jangkaan Andrew Pitchfork pada level upper MLH (upper Median Line Parrallel). Kesimpulan awal adalah trend bullish, jadi entry mestilah BUY, BUY, BUY. Selagi tak sampai 45.96, insyaAllah kita boleh buy. Rule of tumb adalah, BUY at support & SELL at resistance. Betul? Ok next, kita mestilah cari possibility support level.

Level Support Crude Oil

Support Level Crude Oil
Okay, support level boleh dicari menggunakan apa saja tools yang kita tahu dan selesa menggunakannya. Antara tools yang bagus untuk tujuan ini adalah Fibonacci retracement, Gann level, lukisan supply dan demand, EMA atau apa saja. There is no right or wrong dalam trading. Guna apa yang kita tahu dan gunakan secara konsisten dan bina rasa percaya pada teknik yang digunakan.

Then, bila dah jumpa level support kita akan bereaksi (react) apabila price menghampiri level-level support. Macam mana nak react? Macam biasa, gunakan apa saja teknik entry dan exit yang anda tahu. Breakout 123 ke, price action ke, candlestick reversal ke. Got it?


Pembaca yang budiman, berminat ke nak tahu update dari pos-pos akan datang? Macam analisa sebelum pasaran bergerak ke, post mortem ke, atau apa-apa saja. Jika berminat, saya akan hantarkan emel kepada anda setiap kali saya ada post entry baru di website. Kalau minat boleh isi form di sebelah bawah ya. Kalau nak la, taknak takpe tanya je.

[newsletter_signup_form id=2]

FaizhebatPelan Trade Crude Oil 15 Ogos 2016
read more