Kenapa Agaknya Masih Tak Konsisten Dalam Trading

Dalam page bertajuk “Saya Boleh Trade Tapi Dana Pula Tak Cukup” (klik pada link untuk baca), aku kongsikan salah satu cara untuk dapatkan fund dari program Topstep Trader. Alhamdulillah, sejak aku berjaya dapatkan title funded trader dengan fund sebesar USD$ 50,000. Semakin ramai rakyat Malaysia yang berjaya dapat funded account. Jadi, ia bukan mustahil untuk ‘orang kita’ dapat fund sebab aku percaya ramai lagi trader senyap yang power-power kat Malaysia ni.

Betul, memang ramai trader power. Nak kata teknikal analisis belambak rasanya yang lebih power dari recognised so called sifu. Tapi itulah, try satu kali la Topstep Trader program. Kalau lepas, yeah you can trade well. You can manage your risk well. Well done. Kalau tak lepas, bukan biasanya bukan masalah pada teknikal analisis. Tapi lebih kepada money management. Tak percaya, boleh tanya kat sesiapa yang pernah cuba program Topstep Trader.

konsistensi

Sebenarnya kita ini mudah tertipu dengan keadaan sekeliling. Dengan group trader nya, dengan post di Facebook tengok screenshot member untung ribu-ribu dari trade Soybean Oil. Tengok sifu W, X, Y, Z untung 200 ticks dalam FCPO. Jadi, apa yang kita akan rasa? Kita rasa “adui, bodoh gila aku tak boleh dapat profit 100-200 ticks”. Tapi bro, kau tengok eh. Yang update untung ratus-ratus tick tu bukan lah hari-hari. Mungkin seminggu sekali. Jadi, stick to the plan sahaja. Jangan rasa rendah diri kalau kita ambil untuk walau 10 ticks sehari.

BACA JUGA  Soybean Oil Futures Price System

The key is consistency. Ok, mari aku tunjukkan secara logik yang 10 tick sehari pun sudah memadai kalau kita boleh buat secara konsisten. Kita tengok banyak mana 10 ticks itu jika dikira secara kumulatif. Kita mula dengan gaji.

Katakan gaji (NETT) RM5000 sebulan
Dalam sebulan ada 20 hari bekerja
Jadi, sehari punya bayaran adalah RM250

Kalau trade FCPO 1 tick = RM25
Jadi, 10 ticks = RM250
Kalaulah boleh konsisten trade 1 lot dengan keuntungan 10 tick sehari, dan dari 20 hari

Kita win 20 hari = untung RM5000
Kita win 15 hari, loss 5 hari = masih ada untung RM1250

Tak cukup banyak ke? Tak payah cerita scale up modal lagi, tak cerita kalau trade instrument lain lagi. Macam ni lah, andai kata kat payslip yang biasa kita dapat RM5000 sebulan, tiba-tiba ada tambahan RM1250. Banyak tak RM1250 tu? Boleh beli barang dapur sebulan tu kan. Jadi jangan sombong, ada profit ambil. Jangan nak ikut sangat sifu kau tu konon nak target sampai ratus2 ticks.

Last-last nanti jadi yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. I am been there done that. Kalau sekali aku dapat untung sampai ratus-ratus ticks, rasa diri aku ni hebat sangatlah. Bangga tak jejak tanah rasanya. Tapi percayalah, ia takkan lama. Adalah lebih baik fokus pada konsistensi. Maka nanti barulah difahami sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Cubalah, kerana nanti kau sendiri akan terkejut betapa powerful konsisten ini.

BACA JUGA  Konsisten atau Menang Besar?

Sekian bebelan dan tips yang tak seberapa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *