Guna Gann Square of 9 Untuk Estimate Timing

Dalam trading, selain price atau harga komponen penting untuk kita tahu ialah timing untuk entry. Tanpa timing pun boleh saja nak trade base on price analysis macam biasa. Ketahui level support, level resistance. Ukur price level dan retracement menggunakan level-level Fibonacci retracement mahupun Fibonacci extension. Dan pelbagai lagi teknik untuk ukur price movement dalam market.

Tapi untuk lebih ada life balance dalam trading, timing analysis pun amat diperlukan. Antara kaedah trade yang boleh digunakan adalah Gann analysis yang mana kita boleh ukur masa atau timing untuk reaction berdasarkan harga. Dan sebaliknya, kita juga boleh ketahui harga jika kita tahu masa bila reaction akan berlaku.

KLIK Sini Untuk Timing Market Guna Analisa Masa (Time Analysis)

Secara ringkas

  • bila tahu price, boleh convert kepada time
  • bila tahu time, boleh convert kepada price

Intraday FCPO Analysis 24 May 2018

Hari ni aku terlebih rajin, jadi pagi-pagi lagi aku dah conteng atas chart. Berdasarkan experience aku yang tak seberapa ni, aku buat count Elliottwave untuk ketahui overview direction yang akan di “tackle” untuk hari ini. Bagi aku, counting wave ni tiada betul dan salah. Sebab kalau nak buat comparison antara 10 orang, setiap orang akan mempunyai counting yang berlainan. Namun akan ada persamaan dari segi DIRECTION. Jadi objektif direction boleh dicapai dengan count wave.

BACA JUGA  Sistem Harga pada Gann Trading

elliottwave count FCPO

Chart courtesy Tradingview

Bila dah ada direction, boleh cari pula level-level support dan resistance untuk hari ini berdasarkan open price FCPO pada pukul 10:30 pagi. Price open pada harga 2487 dan low pada 5 minit pertama adalah 2486. Resistance terdekat pada Gann Square of Nine adalah 2485 iaitu pada Cardinal kanan sebelah atas.

Jadi, berdasarkan Gann Square of Nine. Dapatlah price level seperti gambar di bawah. Seterusnya, bila dah dapat price level yang diperlukan. Boleh terus convert kepada time.

timing gann square of nine 9 FCPO

Chart courtesy Tradingview

Dengan tahu timing, boleh la get ready setengah jam lebih awal. Namun perlu diingatkan timing bukanlah accurate up to the second. Mungkin boleh sampai ke level price sedikit awal atau sedikit lewat. Atau ya, mungkin tak pergi langsung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *