Kegagalan Inversion Turn

Ada satu part dalam Gann methodology forecasting yang aku rasa agak sukar setakat ini. Bagi aku lah, mungkin akan datang aku jumpa solution nya, itu another story. Okay, inversion adalah satu zone pada Zodiacal zone yang mana ia boleh berlaku dan boleh jadi ia tak berlaku.

Base on post aku hari tu pun, dah bagitau inversion turn aku pun masih 50-50. Boleh rujuk link:

https://www.facebook.com/faizshebat/posts/2197864070505476

Dalam kes forecast terkini, aku menjangkakan inversion turn akan take place pada 24 Jun 2019. Namun kejatuhan market melebihi range loss motion yang biasa bagi Soybean Oil Futures adalah petanda yang market akan continue pergerakan menurun sehingga 1 Julai 2019. Yep, next turning point scheduled tak berubah. Yang berubah adalah polarity akan invert dari forecasted HIGH kepada LOW. Sebab tu nama pun inversion, jadi dia akan invert la.

It’s okay, no big deal. Cut loss untuk long position dan looking for opportunity to short the market. Kemon la, takkan semua nak cerita profit. Siapa kata takde loss, ada je. Bukan perkara luar biasa pun dalam trade. Tak gitu? Gitu kan? 😀

soybean oil futures forecast inversion

Anyway, tak susah pun, follow jela apa system bagitahu, apa yang market bagi. System kata patut long kalau ada inversion, so aku buy. Tapi market bagi bearish movement. So, tukar jela direction untuk buat decision. As long as faham apa yang berlaku, decision making akan jadi lebih mudah.

Orait, untuk next forecast LOW akan jatuh pada 1 Julai 2019. Apa price yang logik setakat yang market dah berikan? Base on chart Soybean Oil Futures kontrak Aug2019, market movement mencadangkan harga LOW nanti adalah 27.97. Ini adalah base on Lunar longitude. Seperti biasa, kita akan verify guna Gann tools yang lain yang masing-masing memberikan bacaan 27.98 dan 27.88. Take the average, memberikan harga 27.94 dan take note movement boleh lajak ke bawah sehingga 15 hingga 20 ticks more as a loss motion.

The Plan?

Pelan 1 – Perancangan seterusnya adalah looking for short. Mungkin boleh ready pada price range antara 28.21 dan 28.34 malam ni? Kalau nak masuk siang pun boleh, tapi berchenta la nak tunggu price gerak woi.

Pelan 2 – Relax2 saja, tunggu minggu depan 1 Julai 2019. Tengok price action on that day and looking for opportunity to long the market.

p.s. – Harap rakan trader yang baca post aku ni dapat idea how to forecast market guna Gann Methodology. I am okay to stori mori pasal teknik. No secret, tak leh bawa mati pun kalau simpan. The thing is you gais la, boleh make sense ke tak?

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top