Hukum Trade Crude Oil Futures Kontrak

Apa hukum trade Crude Oil di Pasaran Futures? Sebelum itu, Futures trading adalah jual beli kontrak pasaran hadapan. Ia adalah salah satu pasaran terbitan (derivative) dari jual beli tunai. Contoh mudah jual beli tunai, aku nak beli minyak, nah duit tunai. Aku dapat minyak, kau dapat duit. Selesai jual beli.

Pasaran terbitan dari tunai adalah pasaran hutang. Aku nak beli minyak 3 lori, tapi aku nak minggu depan. Nah duit deposit, kita sign agreement. Kau hantar minyak minggu depan ya. Ini pula adalah contoh forward kontrak. Pembeli dan penjual buat jual beli secara hutang. Jual beli hanya selesai apabila delivery fizikal dibuat oleh penjual minyak dan pembeli minyak membayar penuh harga minyak yang dipersetujui.

Futures kontrak sama seperti forward kontrak. Tapi, bezanya forward kontrak dibuat antara dua (2) pihak. Manakala Futures kontrak melibatkan tiga (3) pihak. Iaitu penjual, pembeli dan orang tengah yang dipanggil EXCHANGE. Penting untuk ada pihak Exchange selaku orang tengah untuk pantau kualiti produk, kuantiti yang tepati syarat dan pastikan stok simpanan mencukupi.

hukum trade crude oil

HUKUM Trade Crude Oil Futures Kontrak?

Okay, habis pendahuluan. Inilah yang berlaku disebalik trading Futures instrument di atas chart. Ia bukan pergerakan harga atas chart semata-mata. Ia ada produk fizikal yang sebenar, yang disandarkan. Apa yang di trade adalah kontrak pasaran hadapan.

Sekiranya hold buy position sehingga kontrak expired, perlu ambil barang fizikal. Sekiranya hold sell position sehingga kontrak position sehingga kontrak expired, perlu hantar barang fizikal. Barulah jual beli selesai. Sekiranya tidak mahu lakukan delivery, trader mestilah buy back sell position sebelum kontrak expired. Dan sell balik buy position sebelum kontrak expired.

Perkara ini adalah salah satu antara banyak sebab Futures trading adalah Syariah Compliance dan kenapa CFD tidak. CFD tidak ada produk fizikal. Ini saja dah cukup untuk kata trade CFD tak Syariah Compliance.

CFD TIDAK jatuh Syariah dengan adanya akaun Islamik swap free. TIDAK SAMA SEKALI.

Apa hukum jual beli barang. Tapi barang tu tak ada. BARANG FIZIKAL TAK ADA. Nak jual topi, tapi topi tak ada. Nak jual basikal tapi basikal tak ada. Nak jual minyak, tapi minyak tak ada. Yang ada cuma price tag.

Tapi aku ada gunakan akaun bank yang dibuka di Bank Islam?

Akaun bank dah Islamik, bukan masalah akaun bank. Tapi hukum jual beli dengan BARANG YANG TAK ADA, TIADA BARANG, BARANG FIZIKAL SEBENAR TAK ADA tu yang haram.

Dah tu nak pertikai apa lagi? Nak konar tang mana lagi?

p.s. Belilah eBook ini, aku tulis ringkas dan padat pasal Futures trading. Rata-rata yang dah baca faham pasal Futures walaupun sebelum ni zero. KLIK sini sekarang – https://faizsulaiman.com/futures-commodity-trading-yang-anda-tak-tahu/

Share post ini sebagai penghargaan anda

74 thoughts on “Hukum Trade Crude Oil Futures Kontrak”

  1. Terima kasih tuan utk artikel ni. Sedih tengok orang Islam promote CFD trading tanpa segan silu.
    Semoga Allah beri hidayah & kesempatan bertaubat kpd mereka.

  2. Salam tuan,
    Saya ade main futures, FCPO (bursa malaysia), corn oil, crude oil, soya oil.. mengunakan platform dr Maybank. Saya yakin yg FCPO tu patuh syariah.. tapi macam mana pula dengan corn, crude tu semua? sbb dia bukan under bursa msia,

    1. Baca dan fahamkan info berkenaan CPO dari

      “Resolutions of the Shariah Advisory Council of the Securities Commission Malaysia”.

      Apa kriteria CPO dalam resolution SAC ini, yang tak ada pada foreign commodity? Bila faham, persoalan ini takkan timbul.

  3. maaf en. faiz. kami ni bukan semua faham pasal2 ni. Cuba untuk memahamkan. En. faiz explain seolah2 dalam lecture class. Cikgu kata sebut A kena follow sebut A. Anak murid tak boleh tanya dan argue. Mintak Baca sendiri, buku teks. Bila orang bertanya, tolonglah jawab sesuai dengan pemahaman orang2 yang zero dalam ilmu ni. En. Faiz pun akan dapat saham pahala nanti. Sy kena baca berulang2 kali untuk memahamkan. tapi byk benda yang sy tak faham. Tkasih.

    1. admin jawab perli. jawab soalan dengan kemukakan soalan. sampai ke sudah tak terjawab. tak semua pembaca clear tentang trading ni, ada yang zero tak pernah masuk kolej atau mana2 course kewangan, cuma nak tau status halal haram sebab nampak peluang baru cara nak tambah income untuk bantu keluarga. Nak tanya pun takut2, nanti dimalukan

  4. Maaf saya kurang faham dengan post ni. Tapi saya nak kepastian kalau trade wti dan brent guna aplikasi Mt4 tu haram ke tuan?

    1. Ia bukan masalah platform. Instrument atau produk itu sendiri ada atau tidak?

      Contoh, buka website tesco nak beli ayam. Ayam tu ada tak? ada kan? price tag ada, ayam ada. Tapi kena tunggulah delivery.
      Di broker yang gunakan MT4 (atau whatever platform sekalipun) ada price tag harga minyak atas chart. Minyak sebenar ada ke tak?

    1. Futures commodity kebanyakan patuh Syariah, insyaAllah.
      Dengan syarat, ada komoditi sebenar yang didagangkan & bukan barang ribawi. Ada beberapa lagi kriteria, tapi dua ini pun cukup untuk senarai pendek komoditi yang patuth shariah.
      Ada komoditi sebenar bermaksud, kalau trade CPO ada minyak sawit yang didagangkan. Kalau trade Crude Oil, ada minyak yang didagangkan dan bukan hanya pergerakan harga atas chart.

  5. Tuan, kalau trade FCPO ni, boleh short jugak ke?
    Kalau dibolehkan, boleh minta tuan buat analogi macam mana konsep dia.

    Kalau konsep beli, nah deposit, selebihnya bayar masa hadapan. Kalau konsep jual/short?

    1. Kalau short, nah deposit. Selebihnya bayar masa hadapan. Deposit untuk apa? Untuk beli stok pada masa hadapan incase kita tak ada stok.

      Contoh, saya tak ada ladang sawit. Tak ada kilang sawit. Tapi ter hold position sell sampai expired. Jadi mana nak dapat minyak? Beli lah minyak pada pasaran semasa. Kemudian buat delivery. Untung atau rugi berdasarkan beza harga semasa dan harga masa short

        1. Sebab boleh je anggota Celcom nak pakai line Maxis mahupun Digi. Adakah sebab Celcom tak bagus? Itukan hak individu nak kata Celcom tak bagus dan pakai line apa pun. Tak gitu?

  6. salam tuan. saya ada buat kajian serba sedikit mengenai futures produk. so far fcpo xde isu sbb SC telah membenarkan atas sebab2 yang telah disepakati.

    Tapi global futures masih ada syariah issue. sebab x boleh tgk pada hanya ada underlying asset dan bukan brg ribawi shj. perlu tgk juga terma dan kontrak dlm urusniaga tersebut. ni juga saya dengar dari perkongsian dari Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – currently Chairman of Shariah Advisory Council BNM danShariah Advisory Council Securities Commission yang megatakan masih ada syariah issue untuk global futures

    apa pandangan tuan mengenai hal ini?

    1. Wsalam. Pandangan saya seperti yang tertulis dalam post ini.

      Boleh saya tahu apakah terma dan kontrak yang buatkan fcpo tiada isu berbanding foreign Futures yang lain? Atau sekadar dengar dan terima sahaja?

      1. Saya recap balik apa kata2 Dato’ Dr Daud ni ya:-
        – futures ni ada konsep melewatkan pembayaran dan penangguhan barang
        – dalam konsep syariah hanya boleh tangguh salah satu je; bayaran @ barang, x boleh dua2
        – dalam kes FCPO, jadi syariah sbb dah tukar mode urusniaga jadi ‘perjanjian’ instead of ‘contract’ dan benda ni kena ubah dalam standard kontrak pasaran future.
        – di peringkat global masih menggunakan terma
        ‘contract’ yang menyebabkan futures jadi x patuh syariah. company2 international so far x nak tukar lg bab ni

        1. Oh begitu, jom kita sama-sama tengok: https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/derivatives/commodity_derivatives/crude_palm_oil_futures
          Saya masih baca dari web Bursa Malaysia yang ia adalah kontrak FCPO (Contract Specification). Tiada pula Specification of Agreement (perjanjian) atau yang seumpamanya.

          Macam mana ni? FCPO tak shariah ke?
          Macam mana orang berpengaruh di SC boleh keluarkan statement yang contradict dengan Bursa dan SC sendiri?

  7. FCPO patuh syariah tuan. sebab menggunakan terma pernjanjian intead of kontrak.

    Itu saya x nafikan. masalah skrg ni futures di peringkat global

    1. Tengok lah web Bursa Malaysia tu. Tulis kontrak fcpo ke agreement fcpo? Mana datangnya terma perjanjian?
      Bagilah sumber yang rasmi. Jadi, FCPO guna kontrak dari dulu sampai sekarang. Nak kira macam mana ni?
      FCPO Contract Bursa Malaysia

  8. asslkm,, Boleh saya tau trade oil WTI & Brent gunakan platform mt4, broker ICM Capital, halal atau haram? saya telah baca penerangan dalam website ICM capital untuk pastikan samada ada barang atau tiada tapi sy kurang faham atau takut salah faham maksud,, mohon jwapan direct dripada tuan supaya saya lebih confident.. TQ

      1. ada delivery khabarnya…..

        With Energy futures, the price is determined when the contract is signed and the energy product is delivered on the fixed delivery date at a future point in time. All energy futures have a specific termination date, at which point delivery of the energy product must occur unless an offsetting trade is made on the original position.

        It is important to mention that most people who trade in the futures markets are speculators who usually close their trades before the date of settlement – therefore generally future contracts do not last until the date of delivery.

        1. Mana ada dia kata “ada delivery”.
          Tu dia bagi tau “maksud delivery adalah”…. bla bla bla.. (macam dia tulis tu).
          Tak bagitau pun “Yes we do delivery”. Kat website pun tulis cfd, tak ada la delivery.

      2. Asslm nak tanya……bagi jawapan ringkas, boleh ke saya trade fcpo yang dikatakan patuh syariah dan diiktiraf oleh SHARIAH ADVISORY…..Hukumnya boleh/halal, harus atau haram ?? Bagi Jawapn ringkas ja

    1. baca dari mula sampai habis..
      Sampai ke sudah tak dapat jawapan.. HALAL atau HARAM.. trade WTI atau Crude Oil guna broker ICM

    2. dia bukan sbb broker atau instrument tuan. dia sebab cfd..bg p laa broker mana pun octa, gmi, icm, litefx..dan bg p jugak wti ka usoil ka..semuanya cfd..cfd ni yg dikatakan non syariah compliance sbb xdak asset yg jelas..kecuali berdasarkan harga semata..

      1. sefaham saya pon macam tu. isu utamanya bukan di broker atau instrument tapi di kontrak atau kaedah yang digunapakai.
        mai pi broker dan instrument macam mana pon kalau kontrak atau kaedah tu salah tetap salah. tak patuh syariah.

  9. “Akaun CFD kita didaftarkan secara syahriah. Sebab tu brokerage ( spread ) hanyalah 2.5 sen sahaja”

    Apakah pendapat tuan tentang statement di atas? CFD ada syahriah ke tuan?

    1. “Ayam di kedai kami import dari China dan didaftarkan secara shariah. Sebab tu harga hanya RM1 sekilo”

      Apakah pula pendapat tuan dengan statement ini?

  10. salam tuan,

    trade wti under instrumen komuditi,

    dan wti juga ada pecahan iaitu wti future hadapan yg mempunyai contract utk hadapan(ada expired).

    saya tak trade pecahan tapi saya trade induk. adakah dibolehkan?

    1. Pecahan apebendanya? Crude Oil Futures satu tu je. Code CL. Margin terkini 1 lot USD$5610. Kalau trade kurang dari tu maksudnya bukan Futures. Sama hukum beli ayam tak sembelih dari China.

  11. Assalamualaikum tuan…Ni apa yang saya ambik dari laman web ICM.

    “ICM offer OTC trading on major energy futures allowing you to speculate on the movement of a specific energy futures contract, without the need to operate through the central exchange market.”

    Jadi maksudnya bukan CFD lah kan?

    Terima kasih.

    1. Sudah terang dan nyata ia adalah CFD. Sebab dia tulis:

      “WITHOUT the need to operate through the central exchange market”

      Futures mesti standard dan didagangkan melalui exchange dan bukan Over the Counter (OTC). Jika OTC ia adalah CFD.

  12. Assalamualaikum. Saya nak tanya, macam mana ya nak kira profit dari speculating fcpo bila sekarang kita predict market akan bullish, contract kita tu mature in five months. Pada waktu sekarang kita buy contract tu guna price yang quoted today or price yang quoted today for 5 months later?Harap dapat menjawab sebab soalan assignment saya. Tq encik.

    1. Untuk kira profit atau loss. Cari beza antara harga beli dan harga jual.

      Harga untuk setiap kontrak adalah quote untuk hari ini dan masa ini. Kontrak saja beza ikut bulan.

  13. Assalamualaikum tuan,

    Kepatuhan Shariah di FCPO adakah hanya kepada normal buy & sell seperti di saham? Tapi tidak pada short sell?

    Jika Short sell dibenarkan di FCPO, kenapa di saham tidak boleh short sell tapi di FCPO boleh? Boleh terangkan bezanya?

    1. FCPO jika hold buy position sampai kontrak expired, kena TERIMA delivery minyak. Jika hold kontrak sell kena HANTAR delivery minyak. Kena bagi faham part ni dulu.

      Persoalannya, kalau masuk position sell. Adakah kita akan menjual minyak yang tiada? Kalau minyak tak ada, masa delivery date nanti macam mana nak dapat minyak untuk DIHANTAR?

      Jawapannya, minyak ada kat port. Nak berapa tan bagitau je. Beli minyak diport pada harga spot dan buatlah delivery fizikal untuk selesaikan positio sell tadi. Unsur gharar diatasi sebab stok minyak ada, kualiti dan kuantiti standard. Rujuk SAC SC untuk penjelasan lanjut berserta dalil. Membaca jambatan ilmu.

      Untuk stock, kena tanya yang lebih arif.

  14. Alhafiz Bin Abdul Wahid .

    Salam tuan , saya lihat FCPO ada menawarkan leverage juga . So soalan saya leverage yang ditawarkan ini patuh syariah?

  15. tuan, saya mmg dah faham berkenaan fcpo ni status nya halal oleh sc. persoalan saya dan menjadi kekeliruan yang masih bermain di fikiran saya ialah metode atau kaedah jual beli tersebut. short selling seperti mengambil tindakan menjual kontrak itu dahulu ketika harga masih tinggi kemudian mengambil tindakan membeli kontrak tersebut ketika harga tersebut jatuh. adakah ianya patuh syariah juga?

  16. Maaf nak bertanya, saya masih tertanya-tanya berkaitan short sell. Macam dalam saham, memang kita tidak boleh short sell sebab kita tidak memiliki saham tersebut, tetapi masih ada kaedah yang membenarkan untuk short sell dalam saham seperti Regulated Short Sell yang mana menggunakan kaedah “Borrowing and Lending”. Tetapi dalam FCPO, bukankah kita tidak ada “KONTRAK” untuk dijual kepada pembeli kerana bukan kita yang mengeluarkan kontrak tersebut?

  17. Apabila trading activity sudah menjadi jadi 100% zero-sum game, maka haram lah dia. Kerana keuntungan itu datang drp org yg rugi. Haram lah tu.

    Nak fikir lagi?…. daripada 10 orang yg trade, seorang sahaja yg untung. 9 orang lagi rugi – sebijik macam berjudi.

  18. Tuan, Futures market yang Syariah compliance HANYA yang didagang di bawah Bursa Malaysia dan diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti sahaja kan? itu pun hanya beberapa produk shaja, betul?

    1. Status patuh syariah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Boleh baca SAC SC untuk detail KENAPA sesuatu instrument boleh jadi patuh shariah sebagai guide jika nak pilih instrument yang bukan seliaan Bursa Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top