Untuk trade Crude Oil malam ini, langkah precaution perlu diambil memandangkan hari ini ada news inventory pada pukul 10:30 malam waktu Malaysia. Saya kurang pandai nak trade news, jadi saya akan mengelak untuk trade selama setengah jam iaitu antara range masa 15 minit sebelum news dan 15 minit selepas news. Kerana news, tahu-tahu jela kan volatility akan meningkat mendadak akan tetapi liquidity akan menurun. Bermaksud harga akan bergerak laju, namun untuk satu-satu order filled pada harga yang kita mahu adalah tipis atau dipanggil slippage. Slippage pada CL boleh terjadi sehingga berbelas malah berpuluh ticks sekiranya harga bergerak terlalu laju. Saya sendiri pernah terkena slippage 17 ticks semasa meletakkan stop loss, bermaksud stop loss saya filled pada harga offset dari order + slippage. So, sekarang dah serik.
Ok moving forward, untuk hari ini perancangannya adalah 3 tempat untuk buy dan 1 analisa untuk sell. Akan tetapi analisa lebih berat kepada buy kerana mengikut trend. Kawasan entry yang pertama adalah seperti gambar di bawah. Beranggapan harga akan bergerak ke level lower channel dan entry buy boleh dibuat sekiranya harga tidak break lower channel. Breakout entry atau apa saja entry yang ada confirmation adalah dicadangkan untuk entry di kawasan ini.
Entry yang kedua adalah beranggapan sama ada harga bergerak sehingga ke lower channel atau pun tak sampai lower channel. Jadi penantian adalah sehingga harga Crude Oil membuat breakout di upper channel, TETAPI tidak melepasi level berwarna hijau. Entry boleh dibuat pada pullback di upper channel. Pastikan entry adalah DI ATAS upper channel dan bukan di dalam channel.
Sekiranya pergerakan harga terlalu laju mungkin akibat news dan break sehingga melepasi level berwarna hijau, penantian entry adalah pada pullback dengan syarat structure pasaran mestilah membuat 2 legs structure iaitu ada H, L, HL, LL. Satu leg structure tak boleh, nanti SL kena sapu.
Berkemungkinan juga pasaran buat gila malam ni, seller dan geng-geng beruang terlalu kuat. Dengan ini, penantian sell adalah setelah harga break lower channel. Entry adalah pada pullback selepas break lower channel. Pastikan entry adalah pada lower channel dan bukan di dalam channel.
Sekian saja untuk hari ini, tak sempat nak goreng lebih. Anak tak sihat pula hari ni. Babai!!
Pembaca yang budiman, berminat ke nak tahu update dari pos-pos akan datang? Macam analisa sebelum pasaran bergerak ke, post mortem ke, atau apa-apa saja. Jika berminat, saya akan hantarkan emel kepada anda setiap kali saya ada post entry baru di website. Kalau minat boleh isi form di sebelah bawah ya. Kalau nak la, taknak takpe tanya je.
[newsletter_signup_form id=2]