November 2016

Trade Crude Oil atau Soy Bean Oil Mana Satu?

No comments

Antara crude oil dgn soya mana lagi ok trade?

Ini antara soalan yang saya dapat daripada pm di Facebook. Setiap persoalan yang muncul di pm insyaAllah akan saya jawab terus dan sekiranya ia tidak personal dan tidak melibatkan kepentingan mana-mana pihak, maka saya akan cuba untuk berkongsi di sini. Ok, berbalik kepada persoalan tadi antara Crude Oil (CL) dengan Soybean Oil (ZL), mana lagi ok untuk trade?

Obviously, saya akan jawab CL sebab memang saya fokus pada trade Crude Oil sahaja dan tak trade Futures Instrument yang lain. Tapi ini adalah jawapan bias yang tak terpakai untuk semua orang. Setiap individu mempunyai kapasiti masa dan capital yang berbeza. Jadi jawapan yang lebih sesuai adalah bergantung kepada individu. Saya cuba terbitkan satu soalan dari persoalan tersebut.

crude oil soybean

Kenapa Soybean Oil dan Crude Oil sahaja, sedangkan banyak lagi Futures instrument yang wujud di pasaran. Ok sebagai guideline saya kongsikan beberapa tips dalam pemilihan futures instrument untuk trade. Adakah anda fokus kepada:

Value per tick (Nilai untung/rugi bagi setiap pergerakan tick)

Sekiranya anda mencari futures instrument yang memberikan value per tick yang tinggi, Copper Futures mungkin menjadi pilihan yang baik. Setiap pergerakan per tick memberikan nilai sebanyak $12.50, atau Sugar #11 Futures yang memberikan value per tick sebanyak $11.00. Value per tick untuk Soybean Oil adalah $6.00 dan Crude Oil adalah $10.00

Trading Flexibility

Bagi yang mahukan flexibility dari segi masa trading, boleh cuba cari Futures instrument yang didagangkan lebih dari 20 jam dalam sehari. Crude Oil, Brent Oil, Natural Gas adalah contoh instrument yang didagangkan lebih 20 jam dalam sehari. Jadi, anda boleh trade pada waktu malam tanpa menggangu komitmen kerja hakiki pada waktu siang.

Margin Requirement (Modal Permulaan)

Anda boleh trade seberapa banyak instrument yang anda mahu. Tapi modal akan menjadi limitation kepada anda. Setiap instrument perlukan minimum initial margin, iaitu satu amount minimum untuk mula trade. Initial margin untuk setiap instrument adalah tak sama. Crude Oil ($3190), Soybean Oil ($786.50), Copper ($2530), Sugar #11 ($1848) – harga adalah dalam USD.

Penafian: Ini bukanlah guideline yang mutlak untuk dijadikan benchmark rasmi untuk buat pilihan Futures Intrument sebelum mula trade. Tapi sedikit sebanyak boleh memberikan idea awal sebelum kita fokus untuk trade mana-mana Futures Instrument.

Kenapa perlu fokus pada satu Futures Instrument sahaja? Kalau trade lebih banyak instrument, kan lagi tinggi peluang untuk profit? Bagi saya, lebih baik fokus pada satu instrument dan kenal betul-betul perangai market yang kita trade. Kiranya macam ni la, makan nasi arab kat kedai arab dengan makan nasi arab kat kedai mamak, mana satu lagi sedap? Kedai mamak kan ada macam-macam, tapi kenapa makan nasi arab di kedai arab lagi sedap? Sebab dia fokus kepada satu menu sahaja, iaitu nasi arab. Ok lapar, makan dulu. 😀

FaizhebatTrade Crude Oil atau Soy Bean Oil Mana Satu?
read more

Bahagi Masa Untuk Part Time Trader Futures

No comments

Untuk part time trader yang masih bekerja, tiada masalah untuk trade. Cuma mestilah pandai untuk bahagikan masa kerja yang hakiki dan masa untuk trade. Ada yang bertanya macam mana saya bahagikan masa trade, pada masa yang sama saya juga masih bekerja.

Ya, saya masih kerja sebagai IT engineer. Saya kerja waktu siang macam biasa waktu pejabat. Untuk saya trade tanpa mengganggu waktu kerja harian, senang je. Tak susah pun.

Trade la waktu malam.

Eh, Futures market bukan boleh trade waktu siang je ke?

Tapi tuan, market FCPO kan dari pukul 10:30am sampai 5:59pm je buka?

Part time trader

Begini kawan-kawan. Pasaran Futures itu luas. Ia tak terhad kepada FCPO sahaja. Ada macam-macam instrument (produk) pasaran Futures yang sedia untuk didagangkan. Ada yang didagangkan hampir 24 jam setiap hari.

Saya sendiri telah ambil inisiatif untuk explore produk futures di pasaran antarabangsa dan sekarang saya fokus kepada trade Crude Oil (CL) di bawah pasaran NYMEX. Antara kelebihan yang saya nampak pada CL dan ia sesuai dengan masa dan kapasiti yang saya ada ialah ia didagangkan selama 23 jam setiap hari. Waktu perdana untuk market CL adalah antara 8:00pm hingga 3:00am waktu Malaysia. Jadi tiada masalah untuk saya trade pada waktu malam yang sememangnya jelas diluar waktu pejabat di Malaysia.

Mengapalah kita masih insist untuk trade di pasaran yang susah. Maksud saya kesusah dari segi waktu untuk trade. Ada banyak alternatif disediakan, cuma perlukan kita rajin sikit untuk explore, kaji dan cuba.


Sekiranya anda takut dan risau untuk try and error, saya ada sediakan produk informasi hasil dari pengalaman saya sendiri trade di pasaran antarabangsa. KLIK SINI sekarang – http://bit.ly/FuturesCommodityTrading

FaizhebatBahagi Masa Untuk Part Time Trader Futures
read more