January 2017

Broker Futures Mana Sesuai Untuk Saya Mula Trade?

No comments

Ini adalah pendapat peribadi dari pengalaman saya sendiri dalam mencari dan memilih broker untuk trade Futures. Tak ramai antara kita di Malaysia yang didedahkan dengan informasi tentang brokerage. Biasanya kita sangat bergantung kepada individu tertentu yang biasanya mempunyai kepentingan dalam satu firma broker atau mendapat bayaran dari referal kepada broker.

Jadi Broker Mana yang sepatutnya saya daftar?

Soalan seperti ini adalah terlalu umum dan bagi saya, anda bebas untuk daftar di mana saja firma broker yang anda suka. Bukanlah saya tak mahu beritahu recommended broker, sebab memang saya tak ada recommended broker secara umum melainkan anda sendiri memberikan sebab yang spesifik kenapa anda nak buka akaun trading? Ok cuba jawab soalan ini

Kenapa ya anda nak buka akaun trading?

Saya nak buka akaun trading untuk dapatkan Chart, trading platform dan mula belajar trade Futures dengan harga yang murah.

Ok jelas tujuan anda adalah mahukan broker yang boleh berikan trading platform dan chart supaya dapat belajar trading. Oleh itu saya akan recommend Futures Brokerage AMP Futures. Boleh klik link di sebelah kiri untuk pergi ke website AMP Futures. Broker ini menyediakan kemudahan untuk buka akaun serendah deposit USD $500. Tambahan lagi, pelanggan boleh menggunakan pelbagai platform yang disediakan/disubsidikan (dibaca percuma) oleh AMP Futures. Rata-rata platform yang berharga sehingga USD$1500 boleh digunakan secara percuma dengan akaun AMP Futures.

Datafeed pula boleh subscribe dari Rithmic atau CQG yang disediakan oleh pihak AMP Futures dengan kos serendah USD$5 sebulan untuk satu exchange. Jadi berapa modal permulaan anda untuk mula BELAJAR trading? USD$500 untuk buka akaun dan caj bulanan USD$5 untuk datafeed connection. Jangan risau duit USD$500 itu selamat disimpan dalam segregated account dan boleh withdraw anytime kalau nak.

Dengan USD$500 boleh trade ke? Boleh kalau intial margin untuk instrument yang anda nak trade adalah USD$500 dan ke bawah. Tapi, since tujuan asal seperti diatas adalah nak BELAJAR trading. Jadi, tak perlulah gunakan USD$500 tu untuk trade. Ia adalah sebagai cukup syarat sahaja untuk buka akaun.

Untuk trading execution, boleh gunakan simulated account. Ia adalah build in simulated account yang terdapat pada platform trading. Seperti contoh di bawah adalah simulated account yang terdapat pada platform Motivewave:

Jadi, boleh gunakan simulated account untuk berlatih trade realtime. Seakan-akan trade demo akaun. Semua trade execution akan berlaku pada komputer anda sahaja dan tiada order yang akan dihantar ke Exchange server. Jadi ia tak melibatkan real money. Apabila dah confident dengan teknik trading, top up saja modal dalam segregated account dan switch ke real trading account.

 

 

FaizhebatBroker Futures Mana Sesuai Untuk Saya Mula Trade?
read more