Broker Futures Untuk Trade Akaun Real

Untuk trade akaun real, seperti biasa jawapan saya adalah mana-mana broker pun boleh. Benci ke dengar jawapan macam tu? Jadi bolehlah tukar kepada soalan yang lebih spesifik. Untuk trade akaun real bermaksud anda sudah bersedia dari segi mental, fizikal, modal dan masa. Jadi tinggal instrument apa yang anda nak trade dan berapa modal anda ada? Cukup-cukup makan atau modal besar?

Modal cukup makan

Bagi saya secara peribadi, modal minimum untuk trade adalah initial margin + 3 kali stop loss. Sebagai contoh sekiranya saya nak trade Crude Oil dengan initial margin USD$3520 dan stop loss daripada sistem saya adalah 20 ticks sekali trade. Modal minimum saya adalah

= Initial margin + 3 kali stop loss
= 3520 + (3 x 200)
= 4120

Maka modal minimum yang diperlukan adalah sebanyak USD$4120. Diingatkan ini adalah formula simple yang saya gunakan dan tak semestinya ia terpakai untuk semua orang. Bergantung kepada sistem yang anda gunakan dan instrument yang anda trade.

Berbalik kepada isu broker, untuk modal yang cukup makan saya sarankan untuk mula trade di broker luar. Nak tunggu modal yang ideal memang takkan mula untuk trade kan? Tapi sebaik-baiknya kenalah ada modal yang mencukupi. Untuk broker luar ada kelebihan seperti berikut yang broker local sukar untuk berikan:

  • Kemudahan intraday margin sehingga 25% dari overnight margin
  • Kemudahan trading platform dan charting platform percuma
  • Datafeed yang mampu milik serendah $1 (top of the book) dan $5 (Depth of Market)
  • Tiada yuran subscription bulanan
  • Tiada yuran dikenakan sekiranya tak trade

Secara mudahnya broker AMP Futures mempunyai semua kelebihan di atas. Untuk trading platform saya recommend untuk gunakan Multicharts atau Motivewave. Kerana apa? kerana saya pernah guna yang tu je, yang lain tak pernah guna. Jadi tak boleh nak komen. Tapi kalau anda nak cuba guna yang lain, silakan guna. No string attached.

Ada juga broker lain yang boleh berikan faedah yang sama, namun ada beberapa kelainan seperti minimum deposit yang agak tinggi. Sebagai contoh broker Cannon Trading yang saya gunakan memberikan kemudahan trading platform E-Futures secara percuma, namun untuk buka akaun perlukan deposit minimum USD$2000. Platform E-Futures juga not recommended untuk anda yang perlukan features drawing yang canggih kerana fungsi drawing pada E-Futures adalah sangat basic dan terhad.

Broker Ninjatrader juga mempunyai kelebihan dalam menawarkan platform trading iaitu software Ninjatrader secara percuma (Direct Edition). Direct Edition adalah edisi paling asas dengan fungsi trading yang terhad. Rujuk sini untuk perbezaan edisi Ninjatrader. Sebelum ini Ninjatrader Direct Edition boleh digunakan untuk trade di mana-mana broker, namun setelah Ninjatrader melibatkan diri dalam sektor brokerage (partner dengan broker Dorman Trading dan Phillip Capital, boleh rujuk disini) software Ninjatrader Direct Edition hanya boleh digunakan oleh mereka yang mendaftar dan trade dengan Ninjatrader sahaja. Sekiranya kita nak gunakan software Ninjatrader untuk trade di broker lain pun boleh, tapi perlukan Multibrokerage License berharga $1499.

Nak belajar cara guna Software Ninjatrader untuk Futures Trading simulation? KLIK SINI

Cukuplah 3 broker ini saya recommend sebab bukan kita nak buka akaun kat semua broker pun kan. Pilih satu, register, deposit dan terus trade. Settle.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top