Ya, Betul. Aku Tak Cukup Bagus

Aku pernah terfikir dulu, kenapa kalau trade FCPO tak pernah nak menjadi. Kalau profit pun lepas tu kaput. Sebab tu aku tak heran langsung pun bila ada ditunjukkan screenshot untung FCPO walau RM20 ribu sehari. Sebab aku tau apa yang akan berlaku lepas tu.

Aku sering nasihatkan rakan trader supaya simpan saja screenshot untung, tak perlu beri kat aku mahupun upload di mana-mana media sosial. Sebab aku kurang senang untuk jadikan testimoni untuk menjual apa sekalipun. Ya rakan trader, aku tak pernah nak merendahkan sesiapa dengan status ‘student’. Walau secebis ilmu aku sampaikan. Kita trader sama saja.

bagus

Satu sebab utama adalah, semasa kita upload screenshot keuntungan tersebut. Ketika itu adalah moment paling vulnerable. Sebab kita rasa hebat sangat. Bagai donya ana yang ponya. Rasa dah cukup segala ilmu di dada. Yang mana seterusnya secara tidak langsung jadi pressure atau tekanan untuk kekalkan result yang sama. Maksud mudahnya ginilah,

“Eh semalam aku boleh profit RM20k dalam masa sehari, hari ni pun mesti kena dapat. Kan hari ini mesti lebih baik dari semalam”

Bila sampai ke tahap ini, percayalah yang kita akan rasa dah cukup dan tak perlu improve apa-apa lagi. Namun apa yang aku belajar dari orang-orang hebat. Mereka katakan “You are not good enough”

“The father who thinks he’s a good father isn’t a good father”. ~Zen

Dari quote di atas, ayah yang merasakan dirinya dah cukup bagus. Tak akan berusaha untuk jadi lebih bagus lagi. Sedangkan ayah yang rasa tak cukup bagus, akan sentiasa improve untuk jadi lebih baik secara konsisten.

BACA JUGA  Implimentasi Sistem Harga Gann Trading

Jadi kesimpulannya adalah, sentiasa improve trade kita secara konsisten. Jangan sombong bila profit, jangan give up bila loss. Jangan kedekut nak belanja duit untuk improve trade. Freeloader takkan kemana.

Nota bebel:
-Takkan nak tulis pasal chart je kan. Sekali sekala bebel kengkunun bagi nasehat la pula.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *