WD Gann Forecast Cycle & Spread FCPO

Adakah benar ada teknik Gann forecast menggunakan cycle analysis dan boleh ke nak guna pada market spread FCPO? Eh, apa pula tak boleh? Boleh sahaja kalau reti (pandai) buat cycle. Tapi nak master cycle analysis pun ambil masa. Nak analisa satu-satu market dengan cycle analysis pun agak time consuming. Namun, resultnya berbaloi lah.

Gann forecast bukan yang guna Square of Nine tu ke?

Oh, benda yang bentuk 4 segi yang kitaran pertama nombornya adalah 1 hingga 9 tu ke? Haa.. sebab tu la dinamakan square of nine.

gann forecast spread FCPO

Kalau rakan pembaca semua nak tahu, dalam Gann forecast bukan hanya ada square of nine. Malah ada wheel juga. Wheel of 12, Wheel of 24 dan 36. Tak lupa juga dengan Hexagon chart. Eh banyak la pula kan? Apa yang aku cuba sampaikan adalah, Gann forecast bukanlah square of nine. Ia (square of nine) hanyalah salah satu “tools” atau alatan yang W.D. Gann gunakan dalah price analysis HANYA selepas buat cycle analysis pada satu-satu market.

Cycle 1st, price later. Macam mana bro, lukis boleh?

Boleh, eh jap malas la pula aku nak lukis. Bagi gambar jela eh. Boleh kan? haha. Contoh macam ni. Pada 16 Mac yang lepas, aku buat cycle analysis dan juga pricing untuk Spread FCPO May21-Jun21 (FCPOK1/FCPOM1). Yang mana aku forecast FCPOK1/FCPOM1 akan buat kenaikan sehingga tarikh 23 Mac dan harga HIGH dia adalah 157. Aku ulang balik, forecast dibuat pada 16 Mac 2021 yang mana market belum jalan seminggu lebih awal.

Pada masa ni, keadaan market adalah seperti berikut. Gambar di bawah diambil pada EOD 16 Mac 2021 menunjukkan lowest pada harga 96.00 dan forecast price adalah naik sehingga 157 pada tarikh 23 Mac 2021. Detail kan?

Selepas sampai pada tarikh 23 Mac 2021, hasilnya adalah seperti dalam gambar di bawah pula. Ini adalah market spread FCPOK1/FCPOM1 pada EOD 23 Mac yang mana HIGH of the day pada harga 160. Hanya lari 3 ticks dari forecast yang dibuat seminggu lebih awal iaitu 157.

Amacam? begitulah modus operandi cycle analysis dan price system dari W.D. Gann forecast methodology yang sebenar. Maksudnya, kalau kata dah master gann technique, maka individu tersebut WAJIB boleh buat forecast. At least boleh berikan tarikh yang berkemungkinan untuk market reverse. Itupun dah cukup baik. Sekiranya tak boleh berikan tarikh forecast lebih awal, maka ketahuilah ia jauh dari Gann methodology yang asal.

W.D. Gann Forecast Methodology?

Ye gais, dalam Gann methodology yang asal cycle adalah segalanya. Tanpa cycle, segala macam tools tak akan boleh diguna. Square of nine ke, Square 144 ke, Hexagon chart ke, tidak akan efektif tanpa cycle. Cycle secara ringkas adalah sesuatu yang berulang. Susah dan payahnya cycle analysis adalah untuk cari “cycle” yang “dominan” untuk satu-satu market. Lain market, lain cycle yang dominan.

Dominan ni boleh dianalogikan macam kau pakai seluar saiz 32, tapi kau perasan kurus dan cuba untuk pakai seluar saiz 29. Jadi seluar tu tak dominan dengan kau sebab terlalu kecil. Sama juga kalau kau nak perasan abang-abang, kau pakai seluar saiz 36. Itu pun tak dominan juga sebab terlalu besar. Jika cycle terlalu kecil atau besar dari dominan cycle, maka tarikh reversal yang di forecast akan lari jauh.

Jadi, adalah penting untuk dapatkan cycle yang dominan terlebih dahulu. Dari cycle yang dominan ini barulah akan dapat tarikh reversal. Dan dari tarikh reversal ini akan digunakan dalam Gann’s pricing system untuk mencari possible price yang sesuatu market ini bakal sampai. Sebagai contoh pada awal post ini adalah, tarikh reversal 23 Mac 2021 dan pada TARIKH YANG SPESIFIK, ada HARGA yang spesifik juga untuk satu-satu market itu hit. Bagi aku ini bukan kebetulan dan ia adalah sangat sistematik. Secara ringkas dalam bahasa mudah fahamnya adalah, sesuatu market seperti dah diprogramkan. Market A akan sampai X price pada Y date.

Eh korang faham ke tak ni? Takpelah cycle analysis ni memang sukar untuk difahami dan juga dipercayai. But, it works! 😀

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top