Spread FCPO Forecast 123: Bila Next Reversal Date?

Bila aku nak trade Spread FCPO, aku akan pastikan bilakah next reversal date yang bakal berlaku. Apa-apa market pun, perkara pertama yang perlu aku pastikan adalah tarikh forecast reversal date. Sebab ia adalah penting untuk aku rancang masa untuk entry, juga rancang masa untuk exit. Sekiranya tarikh forecast ini tiada, maka aku takkan masuk market.

Persoalannya, adakah reversal date untuk spread market juga boleh diketahui dengan cycle analysis? Sudah tentu boleh, dengan syarat cycle yang digunakan perlulah dominan terhadap market spread FCPO.

FCPO CS Jul21-Sep21 FCPON1/FCPOU1 bila reverse?

Amboi, amboi, terus tanya bila reverse eh. Haha. Well, inilah sepatutnya yang berada dalam kepala trader setiap kali nak entry. Bukan tahu nak masuk market je, kenalah tahu cara untuk keluar market.

Exit strategy kena ada. Bila patut cut loss, bila patut close position dan take profit, bila patut reverse direction. Susah kan sebenarnya trade ni? Memang la susah, individu yang buat kelas secara intensive je kot akan pukul canang kata “mudahnya menjana 5 angka dengan trading”. Woi susah trade ni, kau tau tak?

Oleh sebab hari ni dah 15 April 2021, aku akan trade front month baru iaitu bulan yang didagangkan pada outright iaitu kontrak Julai 2021, manakala far month aku pilih kontrak bulan September 2021 (FCPON1/FCPOU1). Kenapa aku pilih pair FCPO Calendar Spread Jul21-Sep21? Suka hati akulah. ha ha ha

spread FCPO

Berdasarkan forecast yang telah aku buat, hari ini (15 April) merupakan titik reversal untuk Spread FCPON1/FCPOU1. Maka aku pun buat buy stop pada harga 209.

Bila Next Reversal Date? Price?

Ewah, ewah. Reversal date pula ya? Oleh sebab aku terasa baik hari ni (nasib la kalau sapa yang baca lewat). Aku belanja sekali next reversal date yang mungkin bakal berlaku pada 22 April 2021.

Kemungkinan untuk price pula adalah, berdasarkan price cluster pada Square of Nine dan angle yang responsive. Kemungkinan besar price low setakat ini 202 (diambil 204 pada cardinal Square of Nine). Pergerakan 360 degree ke atas adalah jatuh pada harga 265. Maka pada 22 April 2021 nanti kemungkinan besar price HIGH adalah pada 265.

Oh ya, satu lagi jangan dilupa untuk letakkan stop loss. Melainkan kau punya harta macam sadik sigaraga mahupun haji bakhil bin kedekut, kapal di laut gedung di darat.

What date is today?

Kenapa ini penting? Sebab aku taknak orang kata aku tulis post ini selepas market jadi. Maka aku pun screenshot siap2 result “what date is today” dari Google untuk crosscheck yang aku tulis pada tarikh dan masa sebelum market bergerak.

Minat ke nak belajar benda-benda macam ni? Boleh cuba untuk request (tak semua akan dipilih). Hubungi admin

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top