Hari ni aku kongsikan aku punya view untuk market Soybean oil Futures kontrak Aug 2019. Untuk lebih nampak lagi normal, aku gunakan pendekatan Elliottwave count untuk price analisis. Oleh sebab Gann Square pun masih aneh di mata masyarakat umum.
Wokay, untuk short term wave count aku adalah seperti dalam gambar. Sekarang dalam fasa menurun untuk lengkapkan Wave C dari sebahagian Flat pattern a-b-c yang warna purple dalam bulatan tu. Sub-wave C mencadangkan untuk entry pada penghujung wave (iv) atau masuk pada breakout wave (iii).
Wave Count and The Entry
Jadi jika rezeki lebih dan nasib menyebelahi, boleh masuk limit order pada harga sekitar 27.38 yang kemudian set pending order untuk sell on breakout wave (iii) pada harga 27.09. Jika takda rezeki, stop out atau trailing lah kita.
Namun dari price action sekarang, nampak gaya wave (iv) akan sideway. Kerana base on Alternation Rule, bila wave (ii) dah sharp maka wave (iv) kena sideway. Bila sideway, kemungkinan price takkan naik lebih tinggi dari 27.33. Jadi, boleh lah siap sedia untuk entry breakout pada wave (iii).
Target adalah pada 26.80 dan dijangka akan ada sedikit lajak ke bawah sekitar 15 ticks ke bawah lebih bawah dari harga tersebut. Possible untuk jadi extended wave (v) untuk penurunan ini? Ya mungkin boleh jadi. Tapi oleh sebab ini adalah short term wave count, maka ia tertakluk kepada price action dan dynamic of market. Alaaa.. alasan la tu kalau tak jadi kan. Haha, abestu nak bagi alasan apa lagi?
Anyway, sekiranya semua intact dengan analisa di atas. Aku akan BUY on dip pada level harga tersebut. Cuba teka di manakah harga tersebut? Kalau dapat, ini adalah salah satu dari C-wave pattern entry. Bermaksud kita akan masuk market pada penghujung wave-C secara counter trend. Oleh kerana ini adalah wave-C kepada flat pattern. Maka kita akan ada kelebihan untuk masuk market lebih awal untuk ride wave 1 atau wave a untuk next movement ke atas. Baca post aku sebelum ini untuk C-wave pattern – https://faizsulaiman.com/elliott-wave-trade-c-wave-pattern/
p.s. Kalau menjadi ni boleh dah nak buat kelas Elliott Wave for masyarakat ni