My Stori

Trade Secara Sambilan Membantu Kepada Kejayaan

No comments

Jadi full time trader atau jadi part time trader? Mana satu pilihan anda?

Terpulang kepada citarasa masing-masing, nak pilih mana satu. Setiap satunya pasti ada lebih dan kurang. Ada pros dan cons. Saya pernah merasai kedua-dua situasi. Di mana saya pernah cuba untuk jadi full time trader selama 6 bulan, dengan berbekalkan beberapa tahun pengalaman menjadi trader secara sambilan.

Kesimpulan awal dari keputusan dibuat adalah, gagal! 😀

Jika nak dibandingkan performance trading part time dengan performance trading semasa fulltime. Lagi bagus semasa part time trader. Macam mana boleh jadi macam ni kan?

Sebab utama adalah emosi. Yela, masa part time trader kita masih bekerja dan setiap bulan ada gaji yang tetap. Jadi less emotion involve dalam memikirkan untuk bayar komitmen bulanan. Namun, setelah berhenti kerja dan tiada gaji. Keputusan untuk enter market bukan disebabkan oleh analisa teknikal lagi. Lebih kepada emosi.

Cerita dia macam ni la, apa pun kita mesti perlukan duit untuk komitmen bulanan. Kalau tak masuk market takde duit pula nanti, nak masuk market tapi takde signal lagi. Tapi, berbalik kepada perkara sebelumnya, takde duit ni nanti kalau tak masuk market. Jadi, walaupun signal belum mari, emosi dah kata pergi la masuk market. Lastly loss sebab main redah je masuk market akibat dorongan emosi dan bukan signal dari trading.

Betul, tak dinafikan ada antara kawan-kawan yang berjaya jadikan kerjaya trading sebagai full time. Namun rata-rata mereka ini berpengalaman belasan tahun dalam market dan tidak bermewah-mewah pada beberapa tahun terawal bermulanya kerjaya full time trader.

Namun, untuk trader yang masih bekerja usahlah terikat pada satu produk atau instrument futures sahaja untuk trade. Ada pelbagai lagi instrument Futures Commodity yang patuh shariah boleh didagangkan (trade). Kalau kerja siang, carilah instrument commodity futures yang aktif pada waktu malam seperti instrument Agriculture (Soybean), Energy (Crude Oil) atau Precious Metal (copper). Bukan apa, supaya kita mendapat keberkatan rezeki dari kerja hakiki yang kita lakukan. Jika anda majikan, apa perasaan jika melihat pekerja trade semasa waktu kerja?

FaizhebatTrade Secara Sambilan Membantu Kepada Kejayaan

Related Posts

Jtrader vs Ayers GTS

Baru-baru ini RHB Investment ada release satu platform baru yang dinamakan Ayers GTS. Selepas beberapa lama release GTS, platform N2N pun dimansuhkan dari RHB. Satu gerakan yang bagus untuk market Malaysia, walaupun Ayers GTS taklah secanggih platform lain di pasaran antarabangsa. Namun ia memberikan beberapa fungsi yang dapat penuhi sedikit sebanyak keperluan pengguna. Mobile Application

Berapa Deposit Modal Untuk Trade Crude Oil Futures

Antara soalan yang sering bermain di fikiran trader. Ada yang kata dengan USD$100 sahaja dah boleh mula trade minyak mentah di pasaran futures. Ketahuilah, ianya pembohongan yang nyata. Jika ada broker yang offer modal serendah itu, maka ia adalah broker bucketshop yang tawarkan CFD product dan bukan Futures broker yang legal. Info lanjut tentang Bucket

Pelaburan Futures Atau Spekulasi

Bila perbincangan berkisar tentang aktiviti trading di pasaran hadapan (futures market), rata-rata antara kita akan merujuk kepada pelaburan futures. Pendapat peribadi, ia bukanlah pelaburan, tapi lebih kepada aktiviti spekulasi. Apa benda pula spekulasi ni? Ok, dalam bahasa lainnya, spekulasi merujuk kepada aktiviti trader yang buat pegangan sell atau buy pada kontrak pasaran hadapan dalam jangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *