Tak Pernah Profit Dalam Trading Time To Change

“Aku dah bertahun-tahun trading, namun tak pernah merasa profit. Profit tu bukan tak pernah, tapi lepas profit nanti hilang semula kerana loss. Malah lebih banyak pula lossnya”

Biasa lalui dilema ini? Benar, semua yang pernah trade akan rasa. Biasa advice yang kita dapat dari pro trader atau otai-otai trader adalah

“Kau kena tukar teknik kau”

“Teknik kau ni tak sesuai dengan kau, cuba teknik ni pula”

“Teknik ni lagi power, cuba kau combine teknik yang kau pernah tau dengan teknik ni”

Adakah ia akan berhenti setakat itu? Oh tidak, kita akan sentiasa mencari, mencari dan terus mencari. Maka tidak hairanlah kalau banyak “sekolah trading” wujud. Ada bermacam teknik diguna dari pelbagai trader. Nice, aku sendiri pun suka tengok orang kita sharing trading knowledge. Tak kisahlah berbayar mahal sekali pun, sebab aku sendiri pun faham. Untuk dapatkan knowledge trading itu sendiri perlukan susah payah. Tanpa kira knowledge basic ataupun advance. Perlukan kos usaha, masa dan of course duit.

Namun, yang aku perasan jarang sekali otai-otai trader nak advice supaya TUKAR INSTRUMENT trading kau. Ya tukar. No hard feelings! Eh jap, instrument trading tu menda? Instrument trading tu, produk yang kau trade la macam minyak soya ke, minyak sawit ke, minyak angin ke. Itu namanya instrument dalam bahasa canggih.

Kalau orang bisnes kata, “Do not get married with your business” atau dalam bahasa ibunda “Jangan jatuh cinta dengan bisnes”. Bermaksud kau nak buat bisnes ok, tapi jangan jatuh cinta. Sebab kalau dah jatuh cinta, bila bisnes kau nak melingkup kau sayang sangat nak tutup bisnes. Yela, dah jatuh cinta katakan. Kenyataannya bisnes kau dah rugi, kau masih taknak tutup bisnes. Tak nak cuba untuk buat bisnes lain.

Woi, wake up! Kau dah trade berapa lama dengan instrument tu? Dah tak ada untung, cuba tukar la instrument lain. Apakah logik disebalik tukar instrument? Bukankah semua chart sama je, candlestick masih merah dengan hijau juga? Err.. tapi, bisnes jual kambing golek tak sama bro dengan bisnes jual ayam goreng walaupun kau jual beli guna duit. Make sense?

trading profit

Macam ni, according to law of vibration. Setiap individu adalah unik. Begitu juga dengan bisnes dan trading instrument. Ia unik! Instrument Soybean Oil Futures (ZL) lain perangainya dengan instrument Copper Futures (HG) mahupun Crude Oil Futures (CL). Tak sama. Dan antara banyak instrument futures yang didagangkan di dunia, akan ada SATU yang betul2 “vibrate” dengan kita.

Apa pentingnya cari instrument yang betul-betul “vibrate” atau cocok dengan personaliti kita?

Sukar untuk dijelaskan dengan kata mahupun penulisan. Kau cari dulu dan kau akan tahu kesannya. Aku berani kata, kau tak perlu apa-apa tektik trading yang canggih pun untuk make profit kalau kau jumpa trading instrument yang serasi dengan kau. Cukup saja dengan instinct, kau dah boleh profit. Bukan bermaksud tak loss, tapi peratusan untuk kau masuk market ikut direction yang betul adalah lebih tinggi.

Jadi, macam mana nak tahu trading instrument yang vibrate dengan kita? Ok, aku bagitahu kau rahsia ni, nanti kau jangan lupa share ya. Tekan butang share kat bawah tu pun ok dah.

Boleh mula dengan paper trade beberapa instrument. Kemudian, tengok mana satu instrument yang punyai winning percentage lebih banyak. Senang macam tu? Oh tak senang sebenarnya, sebab persoalannya kau sanggup ke nak berpisah dengan trading instrument yang kau dah ‘berchenta’ dan trade sehidup semati selama bertahun-tahun?

P/S: Kau trade nak profit ke nak jadi master of any trading instruments?

Share post ini sebagai penghargaan anda

4 thoughts on “Tak Pernah Profit Dalam Trading Time To Change”

  1. Hi, faizsulaiman.com

    Apa kabar, Bapak?
    Saya siti dari forexmart. Kami melihat website anda dan tertarik untuk menjalin kerjasama.
    Boleh saya minta kontaknya pak untuk penjelasan lebih lanjut.
    Terima kasih.

  2. Khairul Adzha Abu Tahar

    Betulla , Saya sebelum Ni selalu paper trade FCPO.. win and lost sama banyak ..bila Saya change instrument to crude oil , around 85% winning than lost.. Saya Suka statement “instinct” tu….

    1. Ya..tapi ramai yang tak boleh terima. Tak boleh move on. Behaviour setiap market lain-lain. Kalau jumpa yang serasi dengan jiwa, insyaAllah lebih mudah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top