Tutup Position Spread Guna Outright Order

Ini adalah soalan yang aku dapat dari komentar, iaitu boleh kah tutup position spread menggunakan order outright?

Jawapan pendek: Ya boleh. Tapi dengan syarat margin mestilah mencukupi apabila satu kaki position spread di tutup

Tutup Position Spread Guna Outright Order 1

Penjelasan lanjut

Sebelum itu, beberapa istilah yang sering digunakan dalam spread adalah outright dan spread. Outright adalah merujuk kepada position yang dibuka pada SATU kontrak pada arah yang sama. Manakala spread adalah 2 outright position pada 2 kontrak berlainan pada arah bertentangan.

Senario 1

Diberikan contoh adalah kontrak FCPO Apr 2018 dan FCPO May 2018. Sekiranya aku buy 1 lot FCPO Apr 2018, aku masuk long position outright. Margin yang diperlukan adalah RM 4500 untuk overnight. Kemudian aku masuk short position FCPO May 2018. Maka position aku sekarang adalah Spread LONG ROLE. Aku hanya perlukan RM1000 sahaja untuk overnight.

Senario 2

Aku ada 1 position spread long role FCPO Apr-May 2018 iaitu buy FCPO Apr 2018 dan sell FCPO May 2018. Dalam akaun aku tinggal RM1000 sahaja balance. Aku close position dengan spread order SELL FCPO Apr-May 2018. So, aku dah tak ada position.

Senario 3

Aku ada 1 position spread long role FCPO Apr-May 2018 sama seperti dalam ‘Senario 2’ dan dalam akaun aku ada tinggal balance RM1000 sahaja. Aku nak close position spread aku gunakan order outright instead of gunakan order spread. Jadi aku SELL FCPO Apr 2018. Apa yang berlaku, position buy pada kontrak FCPO Apr 2018 akan ditutup, TAPI position SELL pada kontrak FCPO May 2018 masih ada.

BACA JUGA  Pelan Trade Crude Oil 17 Ogos 2016, 3 Buy 1 Sell

Position sell FCPO May 2018 akan jadi outright position dan margin requirement akan bertambah dari RM1000 ke RM4500. Oleh sebab baki dalam akaun kurang dari requirement margin outright, margin call akan berlaku. Apabila aku cuba untuk close position sell FCPO kontrak May 2018 dengan BUY order, order aku akan di reject dengan error insufficient margin. Aiyookk.. macam mana nak close. Hahaha

Senang je. Aku akan call la dealing desk. Minta back office tolong tutup kan order.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *