Selain time system atau cycle system, price system adalah penting untuk trader tahu price mana untuk masuk market. Tapi, untuk gunakan price system terlebih dahulu perlu untuk tahu cycle. Tanpa cycle agak susah kerana tiada reference point. Atau dalam kata lain, price perlu di tetapkan pada satu pivot point barulah retracement boleh dijangka.
Sejauh mana efektif price system untuk Soybean Oil?
Baik, mari aku kongsikan sedikit post mortem untuk trading 3 Oktober 2018. Pada sebelah pagi lagi telah dijangka price retracement akan ke bawah pada harga 29.59, sempat juga berkongsi kepada kawan-kawan. Tapi biasalah, mana ada orang nak follow entry bodoh aku ni kan. Haha
Maka aku pun dengan selamba buat limit order buy pada harga 29.59 sebagai tanda keyakinan terhadap entry sendiri. Pukul 13:17 (1:17 tengah hari aku buat order ni). Ye, sikit je 4 lot. Aku takde lah banyak duit macam sifu kau orang trade akaun berjuta-juta. Masa ni price Soybean Oil Futures lebih kurang pada harga 29.71, so jauh lagi untuk ke 29.59, siapalah nak percaya entry limit order jauh-jauh ni kan
Aku buat GTC order sebab aku kan seorang engineer IT yang hebat, so takdelah nak ngadap chart je. Lepas buat order aku tinggal je. You know what? 9:30 malam USA open, price dengan laju menuju ke bawah. Orang puteh kata price capitulate to my entry gitu.
Penampakan LOW of the day 29.58, missed 1 tick. Orang kata entry nipis kurang manis gitu
Amacam? best tak pricing system kat Soybean Oil Futures? Namun target profit aku pada harga 30.06 tak mengena sebab semalam cuma naik sehingga 30.01 sebelum hit trailing stop. Missed 5 ticks.
Cuba teka aku guna wheels mana untuk cari harga entry buy 29.59?
a) Square of nine
b) Wheel of 24
c) Wheel of 12
d) Wheel of fortune
e) Hexagon wheel
f) Wheel of pop tune
Kenapa nak teka? sebenarnya aku bagi hint macam mana nak cari price dan guna tools apa. So do your home work, test 🙂
Another hint ialah, pada 4 Oktober 2018 aku pyramid pada harga 29.73 (lot rahsia). This is too much hint already. Kau bolehlah tanya sifu kau macam mana, apa guna bayar sampai ribu-ribu kan
p.s: Usaha tangga kejayaan, takde tangga kita naik lif