Post Mortem – Setup Mini Gann Campaign Crude Oil

Dalam novel Tunnel Thru The Air, WD Gann ada ceritakan macam mana dia masuk market untuk trade. Ada dua campaign yang quite straight forward, tapi sebenarnya tak iaitu Cotton Campaign dan Major Motors Campaign. Nampak je straight forward sebab dia bagi exact price berapa, long atau short position. Tapi bila compare atas chart, tak dapat pun reason entry tanpa penelitian yang lebih dalam

 

 

Aku takdelah master sangat Tunnel tapi tau lah sikit-sikit. Untuk baca dan faham kedua-dua great campaign pun perlukan kemahiran dalam cycle planet dan juga penggunaan Gann wheels dan square.

Contoh penggunaan Dalam Crude Oil trading

Sebenarnya, aku tak tahu pun betul ke tak cara guna Gann campaign yang sebenar. Saja je poyo tulis tajuk post macam bagus. Untuk semalam punya trading Crude Oil Kontrak November 2018, aku gunakan simple Gann pricing system dengan sensitive angle

gann campaign

Berdasarkan chart, terdapat higher low (HL) yang pullback pada level SBR (support become resistance). Jadi ia boleh dijadikan point low yang significant. Maka boleh jadikan harga 71.46 sebagai rujukan initial price untuk buat price projection seterusnya. Boleh gunakan any Gann wheel tak kisahlah wheel of 24, wheel of 12, square of nine, hexagon, atau wheel of 36. Whatever wheel yang respond baik punya to your trading instrument, ok saja. Ok, aku pilih guna hexagon wheel untuk trade pada Crude Oil. Nak guna square of nine pun boleh, tapi nanti ada sifu perasan bagus claim dia punya. 😀 😀

gann hexagon

 

Ok, base on pricing hexagon dari base price 146 (71.46). Kenaikan satu cycle penuh iaitu 360° adalah 191 (71.91), satu setengah cycle iaitu 540° pula akan berikan price 215 (72.15). Kebiasaannya apabila satu market berikan respon baik kepada angle yang spesifik, maka ia akan terus berikan respon yang sama pada angle yang sama. Omputeh kata angle of repetition. Untuk crude oil, pergerakan pullback sebanyak 1 full cycle 360° adalah normal walaupun kelihatan macam jauh lagi antara 72.15 nak ke 71.68

Pending order buy limit boleh diletak pada harga 71.68 dan price filled pada pukul 00:28 waktu Malaysia, dalam setengah jam lepas tu dapat pegi 30 ticks. Jadilah.. Nak hold lama-lama, itu lain punya game. Nama pun mini campaign, target pun mini lah

p.s: Jangan ada yang marah naa, aku share sikit cara guna hexagon chart. Banyak gak aku reveal, selebihnya do your own study. Ya, ya, ya.. 

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top