Saya Dapat Nasihat Untuk Buat Spread beli pada harga RMxxxx, What?

Beberapa hari lepas, aku ada dapat pertanyaan dari seorang rakan pembaca tentang spread. Dari pertanyaan, mungkin beliau adalah baru dalam Futures trading. Mungkin juga baru berkenalan dengan perangai FCPO yang kuat “gap” sana sini. Pertanyaan adalah seperti ini,

Sy baru berjinak..smlm sy sell fcpo dgn harga rm3300 tup2 dia x sentuh cl sy dkt 3308 trz dia naik..skrg sy mendpt nasihat utk bt spread dn membeli pd harga rm3333..sy igin.meohon nasihat pakar sy patut monitor pd harga berapa utk.mendpt blk keuntungan sy.. terima kasih tuan..tlgla sy

Nampaknya persoalan rakan trader ini bercampur antara trading kontrak Futures dan spread. Aku tak sure juga sama ada beliau betul-betul maksudkan spread atau benda lain. Mungkin dia istilahkan “stoploss” sebagai spread? I don’t really know yet. So aku cuba tanya beberapa soalan untuk confirmation

Sell 3300 kontrak apa? Buy 3333 kontrak apa? Siapa yang beri nasihat sedemikian tanpa beritahu risiko seterusnya yang mungkin dihadapi?

Namun tiada jawapan balas. Mungkin beliau anggap aku main-main kot. Benda dah terang pun nak tanya lagi ke? Mungkin la kan. Jadi aku bukalah chart FCPO kontrak Februari 2021.

fcpo

Dari chart FCPO kontrak Februari 2021, maka dapat aku simpulkan bahawasanya beliau bukanlah buat spread order pun. Tapi hanya meletakkan stoploss buy pada harga 3333. Bukanlah spread pada harga 3333. Memang tak masuk akal spread price sehingga 3333. Biasanya spread paling besar pun pada beza harga ratusan dan belum lagi ribuan (pada masa aku menulis ni lah).

Jadi pengiraan mudah adalah, beliau telah loss sebanyak 33 points dari entry. Iaitu sebanyak loss RM8250 sekiranya beliau trade 10 lot, atau loss sebanyak RM16500 jika trade 20 lot. Hehe. Saja nak sembang ribu-ribu.

Jika Spread?

Tapi bagaimana jika beliau maksudkan betul-betul nak hedge position short sell kontrak Februari 2021 dengan kontrak lain pada harga 3333? Okay jom kita tengok pada FCPO kontrak Mac 2021.

Pada masa aku tulis post ini, harga baru sahaja cecah harga 3333 pada kontrak Mac 2021. Sekiranya inilah yang dimaksudkan oleh rakan trader yang bertanya. Maka jawapan adalah lain.

Apa jadi pada profit dan loss?

Assumption individu ini tiada masalah dari segi margin. Jadi dari entry 3330 sehingga tarikh 18 November 2020 iaitu apa bila kontrak FCPO Mac 2021 hit order 3333. Beliau telah alami loss sebanyak 117 points. Sebab FCPO kontrak Februari 2021 telah bergerak ke harga 3417 pada tarikh 18 November 2020.

Sekiranya beliau buat pembelian pada harga 3333 di kontrak Mac 2021 pada tarikh 18 November 2020. Apa terjadi pada hari ini? Hari ini adalah 20 November 2020. Harga semasa untuk FCPO Kontrak Februari 2021 dan Kontrak Mac 2021 masing-masing adalah 3341 dan 3277.

Kontrak Februari 2021 sedang alami profit/loss sebanyak: 3300-3341 = (41 points)
Kontrak Mac 2021 sedang alami profit/loss sebanyak: 3277-3333 = (56 points)

Total loss adalah: 41 + 56 = 97 points

Jadi, individu ini berjaya KURANGKAN LOSS dari 117 points kepada 97 points. Itu pun sekiranya beliau liquidate kedua-dua position ini pada hari ini dengan spread order BUY FCPO FEB21/MAR21.

Ini adalah salah satu aplikasi penggunaan spread untuk kurangkan risiko. Bukan hilangkan risiko eh. Kalau taknak risiko orang bijak pandai kata jangan trade Futures. Poyo kan? haha

Namun, bagaimana sekiranya rakan trader ini masih ingin lock even further dan slow down loss pada akaun beliau? Mungkin boleh gunakan Butterfly spread FEB21/MAR21/APR21? Okay takpe, itu mungkin different story dan pengiraan lebih pusing. Setakat ini, semoga bermanfaat buat rakan trader yang bertanya dan semoga menjawab persoalan beliau.

Nota SPREAD: Nak tahu boleh trade instrument FCPO SPREAD dengan margin overnight RM1200 per lot dan kekal tick value RM25? Boleh join vip list. Klik butang di bawah

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top