Pengurup Wang Berlesen & Hukum Forex Trading, ada beza ke?

Eh tak, aku tak nak tulis pun pasal hukum forex. Aku bukan ustad mahupun pihak yang berauthoriti untuk keluarkan hukum. Nak tahu hukum hakam boleh rujuk Jakim ke, Jais ke, Majlis Fatwa Kebangsaan ke, Suruhanjaya Sekuriti ke. Okay?

TL;DR

  • Pengurup wang berlesen tak sama dengan trade forex kat MT4
  • Trade Forex dalam platform atas talian bukanlah kau jadi pengurup wang berlesen
money changer

Alaa.. aku nak tulis pasal pengurup wang wang berlesen je. Biasa nampak kan dekat shopping complex ada banyak pengurup wang berlesen. Jadi, apa masalahnya dengan money changer ni? Tak ada masalah pun, cuma ramai rakan trader mahupun kawan baik yang baru kenal Forex trading samakan transaksi tukaran wang asing di money changer ini dengan trade forex atas MT4.

Apa pasal nak samakan pula? Yela, ustad kata tukaran wang asing di money changer ni harus hukumnya. Syarikat money changer ni pun trade forex la. Errr.. jap eh. Aku cuba juga untuk cari persamaan.

Dari segi pertukaran wang hukum forex

Aku pergi ke money changer. Aku tengok dekat board depan kedai tu ada tulis kadar pertukaran untuk hari ini. Salah satunya adalah

1 Australian Dollar (AUD) | Sell 3.1930 | Buy 2.8540

Bermaksud, sekiranya aku berikan RM 3193 kepada uncle yang jaga kaunter money changer tu. Aku akan dapat nilai setara iaitu AUD$1000. Sekali lagi, aku bagi uncle duit Ringgit Malaysia. Kemudian uncle tu bagi aku duit ostolia sebanyak seribu dollar. Transaksi ini berlaku pada masa yang sama tanpa delay.

BACA JUGA  Konsisten atau Menang Besar?

Apa jadi bila aku bagi uncle tu RM 3193 lepas tu aku tinggal kejap pergi berak. Sejam lepas tu (lama gila berak), kadar pertukaran antara RM dan AUD$ telah berubah iaitu

1 Australian Dollar (AUD) | Sell 3.2010 | Buy 2.8620

Aku cakap kat uncle yang jaga kaunter, “Sorry uncle, sakit perut la. Okay, mana tadi AUD$1000 saya?”

Uncle tu pulak reply, “Dey, itu rate sudah naik. Kena tambah duit RM8 la kalau mau”

Aku buat muka gud-gud kat uncle tu sambil berkata, “Uncle, itu RM8 riba’ tau!”

Uncle tu pun tak puas hati, dia panggil geng2 dia dan jerit kat muka aku, “Apa aku kesah! Asal aku nampak untung dah la. Asal biru tutup. Kau apa tau? Beras rumah aku bukan kau beli.”

Okay, nampak tak kat situ apa jadi sekiranya transaksi delay (tangguh)?

hukum forex

Now, dengan guna konsep sama dengan pengurup wang berlesen. Aku buy USD/JPY. Sebenarnya aku buy apa ni? kalau ikut rule spread trading maka aku akan BUY USD dan SELL JPY. Betul?

Tapi aku beli USD dan jual JPY dari matawang apa? Okay, katalah aku beli USD menggunakan duit deposit yang aku buat dalam RM, settle! Tapi lagi sekali, aku jual JPY? Bila masa aku beli? okay, okay, katalah ada explanation yang panjang lebar tentang SELL JPY ni. Kira settle lah.

BACA JUGA  Pelan Trade Crude Oil 17 Ogos 2016, 3 Buy 1 Sell

Tapi lagi, sejam lepas tu. USD/JPY naik 100 pips. Aku pun sell USD yang aku buy sejam lepas, dan beli semula JPY yang aku jual sejam yang lepas. Nampak tak? The key is SEJAM, iaitu ada delay.

Jadi, persamaan dia. Kalau ada delay memang tak boleh. Ini aku tak petik mana-mana dalil aqli mahupun naqli tau. Hanya berdasarkan logik akal fikiran tentang pemahaman logik yang simple. Tak nak terima takpe. Aku tulis je.

Woi, aku beli jagung dengan tokey Kim boleh je bayar hari ni hantar jagung esok. Delay 24 jam tu. Walaupun soalan ni sepatutnya tak payah jawab sebab akan menunjukkan tahap IQ yang bertanya.

Namun, cukup untuk aku katakan yang tembikai tak sama dengan oren. Tak perlulah pertikai kenapa tembikai tak masam macam oren. Adakah kau nak samakan duit matawang dengan komoditi seperti fahaman kebanyakan kapitalis bukan Islam? Sebab dalam ideologi kapitalis jangan kata matawang dianggap komoditi. Malah cuaca pun diorang jadikan komoditi. WHAT?

Kau nak trade Weather?

https://www.cmegroup.com/trading/weather/

4 thoughts on “Pengurup Wang Berlesen & Hukum Forex Trading, ada beza ke?”

  1. FCPO pun macam tangguh2 jugak kan, sama macam analogi bayar pergi berak tu, bayar –> pergi berak –> nak ambik barang tengok harga dah lain short sell stock dengan fcpo pun lagilah tak logik nak jual barang yg tak dibeli lagi ke untuk fcpo dibolehkan? mcm futures trading jugak kan tangguh2 https://www.youtube.com/watch?v=UOm7aLPo-hI

    1. Sebab tu tulis awal2 beli jagung delay boleh pulak. Beli matawang pehal tak boleh? Kan beza tu komoditi dengan matawang. Matawang bukan komoditi.

      Short sell nanti kalau kontrak expired takde barang nak deliver? Belilah minyak kat port pada harga spot. Nak berapa tan? Nak berapa lori?

      Short FCPO ada penjelasan panjang lebar siap dalil dekat dokumen rasmi Suruhanjaya Sekuriti. Google je SAC SC. Nak juga cari sumber youtube. Alahai..

      Short sell stock ada pernah aku tulis kat mana2 patuh syariah ke? Bak datangla kalau ada. Apa benda campur2 ni. Futures, stock, forex adalah 3 instrument berlainan. Benda basic pun tak lepas lagi ka?

      1. LOL ko suruh refer SC link utube tu dr daud bakar bro penasihat syariah SC, jawab rilek2 dah la aku tanya pun cara sopan tu, ayat tu rilek2 je tak perlu memperlekehkan/sindir orang bro jgn ingat hebat sangat, fcpo pun ikut penerangan ustaz zaharuddin short tak patuh syariah lagi, futures tu pulak ikut link utube dr daud tu tak patuh syariah jugak. Soalan aku sebab merujuk kepada contoh tangguh beli ko tu, jadi aku relate la dengan instrumen lain, ko tahu kan selain matawang, makanan pun ada dalam barang ribawi, dan kalau nak argue jagung pun boleh orang letak qias sebagai makanan, tapi perbahasan asas bukan jagung/matawang/komoditi tapi CFD, so FCPO pun ada CFD terutama bab sell FCPO macam short stock, futures lagi la konfem CFD macam Forex

        1. Baiklah tuan StockPatuhSyariah yang budiman lagi bijaksana. Tulis la nama betul boleh berkenalan. Sopan sikit datang rumah orang kenalkan diri. Ye tak?

          Sumber rasmi mestilah dari SC. Bukan individu SC. Kenapa orang SC nak buat statement against kenyataan rasmi SC? Ada personal interest? Itu point dia. Video Uzar pula, boleh tengok soalan2 provoke yang memaksa. Oh ya, apa jadi dengan orang yang interview Uzar tu? Dengarnya SC pun dah panggil.

          Tak sekarang ni post pasal beza penggurup wang dgn forex trading. Kenapa nak lari dari konteks asal?

          Betul la ada je komoditi lain yg ribawi. Sebab tu aku bagi contoh jagung. Bukan emas, perak, garam, kurma atau gandum. Boleh faham tak?

          Tu kata, baca lah SAC SC. Short sell FCPO ada diterangkan kaedah atasi gharar tiada barang ditangan. Kalau dah kata Futures tu CFD macam forex. Alahai.. Sekali lagi bacalah SAC SC. CFD kan tak ada underlying asset. Eh, beli la buku kat SC, ada explain beza instrument semua tu. Panjang ni kalau nak explain.

          Aku tak diskriminasi instrument. Andai esok lusa SC keluar fatwa Forex trading halal. Aku pun nak trade. SC dah keluar fatwa kripto Syariah compliance. Jom kita trade ramai2. Andai esok lusa Uzar update SAC SC kata FCPO tak Syariah, bro aku stop trade Futures.

          Jadi isu dia dekat sini, aku tak refer kepada individu walaupun dia ketua SC. Tapi kepada kenyataan rasmi dari badan authoriti itu sendiri. Boleh terima ok. Tak boleh terima, silakan. Beza tu individu dengan badan authoriti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Azilan Eztshirt
Dari Serendah Selangor, Malaysia
about 4 days ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh M hafiz M nor
Dari Kuala lumpur Kuala Lumpur, Malaysia
about 5 days ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures
Telah dibeli oleh Muhammad amin Rosli
Dari Kuala krai Kelantan, Malaysia
about 1 month ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures + 1 Item
Telah dibeli oleh Mohd Asyraf
Dari Al jubail , Saudi Arabia
about 1 month ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah + 1 Item
Telah dibeli oleh Amirun Amin
Dari Georgetown Penang (Pulau Pinang), Malaysia
about 1 month ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Hashim Wahab
Dari Kemaman Terengganu, Malaysia
about 1 month ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Idzham Tamjis
Dari Kulai Johor, Malaysia
about 3 months ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures
Telah dibeli oleh Faiz Ashaary
Dari Kajang Selangor, Malaysia
about 3 months ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah + 2 Items
Telah dibeli oleh Aliah Baharum
Dari Kota kinabalu Sabah, Malaysia
about 3 months ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures + 1 Item
Telah dibeli oleh Muhamad Loqman
Dari Shah alam Selangor, Malaysia
about 4 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Hairilnizam Ani
Dari Batu caves Selangor, Malaysia
about 4 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Amir Md esa
Dari Seremban Negeri Sembilan, Malaysia
about 4 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Mohd Khai
Dari Klang Selangor, Malaysia
about 4 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Nazir Anuar
Dari Klang Selangor, Malaysia
about 4 months ago
 
Nota Trading Premium - Metod Untuk Entry Market Futures + 1 Item
Telah dibeli oleh Nur raihan Raman
Dari Miri Sarawak, Malaysia
about 4 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Alfizal Mohd noor
Dari Seremban Negeri Sembilan, Malaysia
about 5 months ago
 
Trade Futures (Crude Oil) Risiko Rendah
Telah dibeli oleh Ahmad Ramadan
Dari Kota bharu Kelantan, Malaysia
about 5 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Ahmad Ramadan
Dari Kota bharu Kelantan, Malaysia
about 5 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Hairi Hussin
Dari Kota bharu Kelantan, Malaysia
about 5 months ago
 
TdFCT - Kenapa Saya Terjebak Dalam Futures Commodity Trading
Telah dibeli oleh Rozlin Baharudin
Dari Rawang Selangor, Malaysia
about 5 months ago
 
Scroll to Top