Misteri Futures Market Yang Disimpan

Bagi yang baru mengenaliku, salam perkenalan. Aku hanyalah trader biasa yang mencari sekelumit “ticks” saban malam dari pasaran Minyak Mentah (Crude Oil) di exchange Amerika. Bukanlah tak sokong instrument keluaran Bursa Malaysia, namun kerja hakiki lebih utama.

Perasankah, dalam dua post sebelum ini aku pernah beri range waktu tentang pasaran Crude Oil akan melakukan reversal pada jam 10:00 malam. Waktu aku tuliskannya adalah sekitar jam 7:08 malam.

Boleh rujuk pada 2 post di Facebook page aku seperti berikut:

https://www.facebook.com/faizshebat/posts/1723627444595810

dan di sini

https://www.facebook.com/faizshebat/posts/1721846478107240

Bagaikan magis, ia reverse seperti dituliskan. Tiga jam awal telah kujangka perlakuan pasaran Crude Oil yang terkenal dengan buasnya.

Mungkinkah Suatu Misteri?

Ia menjadi suatu misteri bagi yang terlalu taksub dengan kitab analisa teknikal. Aahh mengarut la semua ni. Kebetulan je tu. Bagi aku, apa ada pada teknikal kalau kita tak memahami apa yang berlaku disebalik pergerakan harga harian.

Mari kutanyakan, pada jam berapakah kota metropolitan Kuala Lumpur akan alami sesak trafik? Semua maklum antara 7:00 pagi – 9:00pagi dan antara 6:00 petang – 8:00 malam. Betul?

Mengapakah ia terjadi? Kerana wujud SISTEM yang mengawal keadaan ini.

SISTEM Apa Ya?

Sistem waktu pejabat 9 ke 6 (omputeh kata nine to six). Sistem inilah yang membuatkan jalan raya di Kuala Lumpur malah di bandar besar seluruh Malaysia akan penuh sesak menjelang peak hour.

Berbalik kepada Crude Oil trading. Agaknyalah, pada hari esok jam berapakah Crude Oil akan melakukan reversal? Bolehkah kita jangkakan?

Sudah tentu! Kerana ia dikawal oleh “suatu SISTEM”. Namun sayang tidak kutahu exactly apakah sistem itu kerana ia sistem ciptaan the “Whos Who”. Siapa lagi kalau bukan rakan sekutu pencipta sistem kewangan yang digunapakai diseluruh dunia.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top