Mercury Pada Stationary Point Sebelum Retrograde

Planetary retrograde sesuai diguna untuk swing trading. Swing position ini biasanya trader akan hold dari 3 hari sehingga 2 minggu. Oleh kerana retrograde tak selalu terjadi, maka tak perlu selalu untuk masuk market. Tak seperti intraday trading yang hanya gunakan kitaran Lunar atau bulan sebab ia akan hit planetary polarity dengan lebih kerap.

Hari ini 20 Julai 2018 dalam sistem Geocentric (observer dari bumi), Mercury dah mula berada pada stationary point. Kitarannya pergerakan planet dalam sistem Geocentric adalah direct ke stationary point (berhenti) kemudian turn retrograde. Sorry, aku pun tak tahu apa lagi perkataan yang lebih mudah untuk describe. Yang penting pergerakan planet Mercury akan kelihatan berhenti sebelum ia mengundur. Pergerakan mengundur inilah yang dipanggil retrograde.

retrograde

Yang sebetulnya, Mercury taklah mengundur. Tapi ia hanya kelihatan mengundur dari bumi sama seperti bila kita berada dalam kereta. Apabila kereta kita nak memotong kereta di sebelah, pada satu point bila hadlaju menyamai dengan kereta sebelah. Kereta di sebelah akan kelihatan “berhenti” (stationary point) dan “mengundur” (retrograde).

Untuk pasaran futures komoditi dalam kategori “grain”, biasanya akan memberi reaksi pada kejadian Mercury. Boleh diperhatikan reaksi market grain apabila Mercury turn retrograde dan juga apabila Mercury turn direct dari pergerakan mengundur. Persoalannya, mana nak dapat data pergerakan planet Mercury? Senang je, boleh Google sendiri. Ada banyak website yang provide data ni. Selain website, ada juga software open source yang boleh digunakan untuk berikan data planetary movement ini.

BACA JUGA  Kos Untuk Trading Futures Commodity Market

p.s. aku suka untuk berikan pinggan, sudu mahupun nasi. Namun untuk suap masuk mulut boleh buat sendiri kan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *