Forecast Soybean Oil Kontrak Disember 2018

Hari ni mood ada baik, ada sikit rajin boleh la tulis forecast untuk Soybean Oil kontrak Disember 2018. Good trader adalah trader yang boleh forecast. Betul tak betul, tu nantilah kita taichi pakai ayat “I could be wrong”. Yang penting kita forecast je. Hahaha 🙂

Tapi kenapa Soybean Oil Futures?

Sebab aku trade instrument Soybean Oil Futures

Kenapa kontrak Disember 2018?

Sebab kontrak ni sedang di trade secara aktif

Kenapa tak buat instrument lain?

Malas!

Baiklah, untuk Soybean Oil Futures hari ni nampaknya sedang rally kaw2 tak ingat tanah nampak gayanya. Kalau diperhatikan ia memberi respon dengan cycle Mercury Geocentric. Dalam sistem Geocentric, Mercury iaitu planet Utarid akan bergerak secara retrograde pada hari ini 26 Julai 2018. Biasanya, just before planetary event ini price akan rally sebagai persiapan untuk next movement iaitu beruang (BEARISH).

forecast

 

Berdasarkan lukisan, aku saja je lukis pattern harmonic sebab nak nampak cantik. Ukuran tu memang aku tak ingatlah berapa percent dan pattern bat ke, butterfly ke, shark ke aku pun tak ingat. Seryes! Haha. Anyway aku punya forecast adalah seperti berikut:

Harga Soybean Oil dijadualkan untuk membuat HIGH pada 27/7/2018 dan menurun sehingga 3/8/2018. Elok untuk diperhatikan pada 3/8/2018 atau sehari sebelumnya mungkin akan berlaku small pullback untuk mengelirukan pihak musuh. Pergerakan akan naik hingga pada hari Isnin dan Selasa minggu berikutnya 6/8/2018 dan 7/8/2018. Seterusnya Soybean Oil dijangka akan teruskan penurunan sehingga 14 Ogos 2018.

Price level untuk entry depend kepada masa berlakunya turning point, nak bagi in advance nanti tak jadi malulah. Dah jadi baru kita canang. Tak gitu? Bila jadi aku cakaplah “I said so, why nofollow?” Kalau tak jadi pakat diam okay? Deal haa ?

Amacam? ada macam pembaca berita baca news lepas market jalan tak? Cuma aku bagi sebelum jalan la.

Senang kan nak trade kalau ada forecast macam ni? Nak tak kalau aku share forecast macam ni kat emel? So, boleh prepare awal-awal bila nak masuk market nanti. Sapa nak, bolehlah hantar mesej “nak juga forkas” kat button messenger sebelah tu.

P.s. Aku tanya je, kot lah boleh jual forecast aku ni kan. Boleh aku pergi umrah balik hari nanti

 

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top