Market Accumulation & Distribution

Mesti rakan trader pernah dengar kan istilah ini dalam technical analysis? Tapi apa pengertiannya secara ringkas? Apa analogi yang baik untuk gambarkan situasi accumulation & distribution ini? Secara ringkas dalam market akan ada 2 perkara penting inilah. Ada juga masyarakat umum lain yang panggil sebagai compression and dispersion. Apa-apalah, tak kisah pun, asalkan membawa erti yang sama.

Okay, aku fikir analogi yang bagus adalah spring. Yela, spring kan boleh berada dalam keadaan compression dan juga dispersion. Apabila ditekan, ia akan termampat dan adanya aplikasi Newton Law Pertama. Apa benda Newton Law pertama woi? Dulu jawab soalan fizik kan excellent, takkan lupa kot. Hehe. Alaa, daya yang dikenakan pada satu arah akan ada satu lagi daya bertentangan yang sama. Jadi secara teori, movement (daya) trending = movement (daya) correction?

Kalau ikutkan Newton Law pertama, market patutnya gerak macam ni la kan?

Kalau market gerak macam gambar atas tu, senang kerja dah. Buat buy limit dengan sell limit jela dari origin. Tak gitu? Tapi kenapa market tak gerak macam ni? Kenapa pullback movement tak sama dengan impulsive movement? Kan ke menyusahkan tu? Memang la susah, siapa kata trade ni senang? kalau senang ______ (okay sambung sendiri)

Okay, berbalik kepada spring (tak habis2 dengan spring dia). Jadi bila spring dimampatkan akan ada daya yang tolak kan? Apabila dilepas ia akan hasilkan daya tolakan yang dipanggil dispersion atau apa-apa jela istilahnya. Tapi yang penting kalau spring tu letak kat depan muka, sakit la kalau kena. Dalam market pun lebih kurang macam ni lah. Bila pada fasa accumulation, market akan kelihatan macam spring berpintal-pintal. Alaaa.. masa sideway kan nampak macam spring. Tak ke? haha. Okay masa fasa accumulation ni market akan simpan dan kumpul force.

accumulation and distribution

Bila sampai satu masa yang telah dijangkakan, maka akan terlepas lah force ini. Berlaku lah fasa distribution. Time ni lah kita akan nampak ramai orang post chart dalam pesbuk. Market naik kaw2, market turun kaw2. Haa.. gitu.

Okay, berbalik kepada market. Soybean Oil Futures buat masa ini aku jangkakan sedang buat accumulation. Nampak kan macam spring kena tekan? (kau dah kenapa spring, spring). Jadi, market dijangka sideway berpanjangan sehingga Isnin minggu depan (24 Jun 2019). Isnin dijangka market akan buat low terakhir sebelum buat lompatan padu ke atas.

Note that low tak semestinya bottom. Maksudnya, secara ringkas dan mudah ia base on cycle. Bila sampai due date, dia akan naik walaupun daily low pada due date tersebut tidak lower than yesterday’s low. Baca pelan2 semula la ye kalau tak dapat make sense. 😀

Base on cycle sailormoon, price dijangkakan akan berakhir pada sekitar 28.15 kalau market buat gila nak beraktiviti dengan aktifnya. Jika tidak, small pullback mencadangkan harga sekitar 28.62 sahaja sebelum sambung kenaikan. Oh ya, harga ini adalah berdasarkan Soybean Oil Futures kontrak August 2019. Eh, suka hati aku lah nak pakai harga kontrak mana pun. Takdelah, aku tukar awal-awal. Nanti lupa nak rollover kena liquidate position pula.

Baiklah aku jangka kenaikan akan berterusan sehingga awal bulan Julai 2019. Fuhh dah nak Julai dah ye. Kejap je dah nak ke beyond 2020.

Nota bingung
-Newton Law Pertama ada sedikit kelainan dalam market. Sebab daya impulsive (trending) tak sama dengan daya yang dikenakan semasa correction (pullback). Akan aku kongsi pada bulan ke 3 dalam Course of Instruction – Futures Trading. KLIK join telegram channel LIMITED EDISI ini

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top