Konsisten atau Menang Besar?

Beberapa hari lepas aku ada buat poll kat Facebook page. Saja aku tanya walaupun pada awalnya aku dah agak jawapan yang bakal di pilih. Dapat dilihat ramai yang setuju dengan konsisten dalam trading adalah lebih penting berbanding menang besar.

Bukanlah maksud consistency tak boleh nak menang besar. Tapi menang besar di sini bermaksud sekali menang sempai beratus-ratus ticks. Boleh juga dikata sebagai one-day wonder la. Sekali menang sorak, loss banyak kali diam-diam sudeh.

Well, nothing wrong with loss. Ia adalah normal untuk trader loss. Nothing wrong juga dengan trader yang target profit besar walaupun loss banyak kali. Sebab sekali win boleh cover semua loss yang pernah dibuat.

Persoalannya, adakah anda manusia? Jika ya, tidakkah kita punyai perasaan? Perasaan lapar, perasaan takut, perasaan down, perasaan nak berpasangan (eh..) Bila sekali loss, okay lagi. Dua kali loss pun takda hal lah. Tiga kali loss, errrr.. Empat kali, lima kali loss masih lagi tak dapat profit.

Woi, kau tahan ke? down gila kot kan kalau loss banyak kali?

Ya, tak dinafi memang ada trader yang boleh tahan. Tapi untuk trader yang mungkin baru mula atau willing to loss but not ready to loss big, better aim for consistency.

Consistency pula bukan senang nak achieve. Seriously! Walaupun kau tahu yang untung sehari USD$600 akan hasilkan USD$6000 bila trade 10 hari. Tapi, kau tetap akan rasa USD$600 sehari TAK CUKUP. Hahaha.. If you are trader, then you will understand what I mean

But, that is the key. Dengan consistency, akan rasa kurang tekanan semasa trading. Emosi lebih terjaga. Yela, trade hari ni win. Esok win, lusa win. Okay la kan. Muka ada sinyuuuumm. Tapi ingat. Akan datang satu hari dinamakan ‘over confident day’. Di mana kau akan trade dengan saiz lot DOUBLE dari ordinary trading lot. Itu jam, adalah hari loss sedunia pula untuk kau. Loss loss loss. Pastu jahanam sebab emosi koyak.

Jadi trade wisely

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top