Konsep dan Jenis Spread Trading

Kalau Futures trading adalah derivative market (pasaran yang diterbitkan) dari Spot Market (Pasaran Tunai), Spread trading adalah terbitan dari pasaran Futures. Bukan terbitan sebenarnya, tapi lebih kepada… entahlah, taktau nak cakap camna.

Jenis Spread di Pasaran

Secara umumnya, spread ada 2 jenis umum iaitu:

  • Inter-Commodity Spread: Perbezaan harga 2 kontrak futures pada exchange yang berlainan
  • Intra-Commodity Spread: Perbezaan harga 2 kontrak futures pada exchange yang sama

Di Malaysia, oleh kerana hanya ada 1 sahaja exchange iaitu Bursa Malaysia Derivative (BMD) jadi hanya Intra-Commodity spread sahaja yang ada. Juga dikenali dengan Calendar Spread iaitu perbezaan harga antara 2 kontrak instrument komoditi yang SAMA tapi berlainan bulan. Sebagai contoh

FCPO November 2016 – FCPO Disember2016
FCPO November 2016 – FCPO Januari 2017
FCPO Disember 2016 – FCPO Januari 2017

Inter-Commodity spread adalah perbezaan harga antara 2 instrument berlainan, contoh seperti:

Crude Oil November 2016 – Natural Gas November 2016
Wheat December 2016 – Corn December 2016

Spot the different? Sekarang agak-agaklah kan, apa tujuan susah payah diorang ni nak buat pair antara komoditi lah, nak pair dengan kontrak akan datang lah. Dari perspektif firma atau agency besar yang berdagang melibatkan penghantaran dan penerimaan produk fizikal, perkara ini adalah sangat penting untuk pengurusan risiko. Full stop. Sampai sini je cukup, tak payah nak ambil tahu banyak sangat sebab tak penting sangat. Unless nak buat physical delivery la.

spread-nymex
Antara spread instrument di pasaran NYMEX

Konsep Spread Trading

Cara untuk trade spread adalah melakukan 2 order yang berlawanan pada masa yang sama. Satu leg order SELL, satu leg lagi kena order BUY. Mesti berlawanan. Kalau dua-dua sama arah tak jadi spread la namanya.

SELL/BUY Spread  Bermaksud Near Month Execute Order
  Dan Dalam Masa Yang Sama Far Month Execute Order
SELL FCPO Nov2016-Dis2016SELL November 2016BUY Disember 2016
BUY FCPO Nov2016-Jan2017BUY November 2016SELL January 2017
SELL FCPO Dis2016-Jan2017SELL Disember 2016BUY January 2017

Begitulah serba sedikit tentang konsep spread trading. Mesti ada dua position yang berlain. Kalau satu sell, satu buy atau satu leg buy dan satu lagi sell, macam mana nak profit?

Kan.. Logik juga soalan tu kan. Satu pegi atas, satu pegi bawah = tak ke mana la price tu. Oh tidak sekali, kerana salah satu kontrak akan bergerak lebih laju berbanding kontrak yang satu lagi. Maka take profit boleh dilakukan sekiranya perbezaan spread (spread different) menjadi lebih luas atau menguncup.

Sebagai contoh, sekiranya kita SELL FCPO 112016-122016. Katalah kontrak FCPO 122016 TURUN lebih laju berbanding kontrak FCPO 112016, jadi spread different (FCPO 112016- FCPO 122016) akan menjadi semakin besar. Adakah possible sekiranya kontrak outright bergerak ke atas dan position SELL di spread ini profit?

Ya, possible! Sekiranya kenaikan FCPO 112016 lebih laju berbanding FCPO 122016, maka perbezaan harga FCPO 112016 – FCPO 122016) menjadi lebih besar. Boleh imagine tak? Haha.. saja je takmo bagi fact and figure biar tersiksa korang nak membayangkan. Jadi kesimpulan awal adalah, outright trend tak semestinya menggambarkan arah pergerakan spread instrument.


Pening? Susah juga rupanya nak faham spread trading ya. Mungkin sebab inilah kot banyak FBR tak promote instrument spread ini untuk didagangkan walaupun margin requirement adalah lebih rendah. Tak ada basic futures? Saya jemput anda isi form di bawah untuk saya hantar maklumat asas tentang Futures Commodity Trading.

[wysija_form id=”2″]

Share post ini sebagai penghargaan anda

3 thoughts on “Konsep dan Jenis Spread Trading”

  1. Sy baru berjinak..smlm sy sell fcpo dgn harga rm3300 tup2 dia x sentuh cl sy dkt 3308 trz dia naik..skrg sy mendpt nasihat utk bt spread dn membeli pd harga rm3333..sy igin.meohon nasihat pakar sy patut monitor pd harga berapa utk.mendpt blk keuntungan sy.. terima kasih tuan..tlgla sy

    1. Sell 3300 kontrak apa? Buy 3333 kontrak apa? Siapa yang beri nasihat sedemikian tanpa beritahu risiko seterusnya yang mungkin dihadapi?

Leave a Reply to Anwar Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top