Kena Stop Loss Je Market Gerak Arah Entry Tadi

Mesti pernah lalui situasi macam ni kan? Apabila kita buat analisa market, dah confident arah market semua. Kita pun buat entry untuk long position dan stop loss pada harga beberapa point di bawah entry. Tak lama lepas tu, market dengan lajunya menuju ke stop loss order. Kemudian tinggalkan ekor candlestick saja dan menuju ke atas seperti yang dirancangkan

“Dah banyak kali jadi ni, lepas kena stop loss je mesti market gerak”

“Aku dah agak, market nak ke atas. Tapi kena stop loss aku dulu ngam-ngam dia pergi”

“Aduiii, kenapalah kena stop loss dulu. Kalau tak mesti dah profit!”

Membebel banyak pun tak guna. Marah kawan dan anak bini pun sia-sia. Cuba fikirkan macam mana cara untuk selesaikan masalah ini. Ia kerap terjadi dan ia terjadi berulang kali, secara tak langsung sebabkan level kemarahan kita terhadap market bertambah secara exponential. Perasaan revenge to market meluap-luap. Akibatnya ditimpa loss demi loss. Kemudian cari point untuk salahkan orang lain. Hahaha

stop loss

Tenang saja. Kalau pernah kena atau selalu kena, biasalah tu. Aku pun tak lari dari situasi macam ni. Jadi apa workaround yang boleh dibuat untuk atasi masalah ini? Ok katakan level SL adalah 10 ticks dari entry, dan biasanya market akan makan SL aku terlebih dahulu sebelum gerak pada arah yang aku mahukan. Jadi ada 2 cadangan untuk atasinya:

1 – Jadikan stop loss lebih besar

Dengan jadikan SL lebih besar, maka possibility untuk kena SL adalah rendah. Tapi perlu dikira juga kekerapan terkena SL dan range maksimum yang biasanya market akan reverse selepas terkena SL. Dalam contoh ini, SL yang biasa adalah 10 ticks. Boleh kira berapa ticks price bergerak selepas terkena stop. Faham tak ni?

Macam ni, katakan aku buat buy pada harga 2330 dan SL 2320. Lepas aku entry, market turun ke harga 2318 dan REVERSE naik semula. So market makan SL aku dulu baru gerak naik (sakit hati). Market gerak 2 ticks terlebih dari SL aku set iaitu sebanyak 12 ticks. Sekiranya dalam 10 kali terkena, price gerak maksimum dalam 5 ticks lebih dari SL kemudian reverse. Boleh lah letakkan SL jadi 16 ticks. Kelemahan pada penyelesaian ini adalah, ia akan kacau risk and reward ratio (RRR). Sekiranya RRR aku sebelum ini adalah 1:2 iaitu 10 ticks SL dan 20 ticks target profit, maka RRR baru akan jadi 1.25:2. Risk bertambah manakala reward tak berubah.

2 – Jadikan entry lebih rendah / lebih tinggi

Jadi, macam mana nak buat kalau nak kekalkan RRR 1:2 juga? Workaround yang lain adalah jarakkan entry. Katalah SL aku masih sama iaitu 10 ticks, untuk entry long aku tolakkan 10 ticks dari entry yang biasa aku akan masuk. Dan sebaliknya untuk entry short, tambahkan 10 ticks dari entry biasa. Jap, jap.. faham tak ni? 😀

Contoh entry long aku pada harga 2230, tolakkan 10 ticks dari harga akan jadi 2220. Buat limit order buy pada harga 2220 dan stop loss macam biasa 10 ticks di bawah entry iaitu 2210. Dengan buat macam ni, aku dapat letakkan stop loss lebih rendah dan entry adalah pada better price atau omputeh kata buy low, sell high. Namun kekurangan pada cara ini adalah, kadangkala limit order tak mengena dan tiada entry.

Pilihan ditangan masing-masing. Nak risk lebih dan order confirm masuk? atau nak risk rendah tapi order boleh jadi tak masuk?

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top