Apakah langkah demi langkah untuk mula trade?
Macam mana langkah demi langkah untuk profit dalam trade?
Boleh tak suggest langkah demi langkah untuk trade?
Trading adalah satu sistem terbuka yang sangat besar. Too big to find a step by step gittew. Sekiranya kita mencari langkah demi langkah dalam trading.
Kita akan penat. Bukan sahaja penat, malah akan rasa kecewa dan rasa bagaikan kena skem (scam) dari setiap penjuru. Sebabnya, sistem terbuka ini penuh dengan ketidaktentuan, variables dan feedback loop yang tiada berkesudahan. Sampaikan kita sendiri pun tak terjangka apakah ‘langkah seterusnya’ yang patut dibuat.
Langkah demi langkah lebih sesuai untuk selesaikan satu sistem tertutup atau masalah yang kecil. Contoh, macam mana nak masak megi? Buka api dapur, isi air dalam periuk, tunggu sehingga air menggelegak. Masukkan megi dan perencah. Tinggal selama 2 minit. Siap! Cepat dimasak dan sedap di makan.
Simple je prosesnya. Variable yang mungkin ada sesekali dan boleh dirancang adalah gas habis. Cara selesaikan adalah pergi beli gas. Settle, Simple!
Kegilaan mencari langkah demi langkah terutama dalam trading adalah never ending. Sebab ianya hampir mustahil diletakkan dalam satu clear path. Iaitu satu flow yang jelas, teguh, firm dan pasti tanpa ragu.
Langkah demi langkah untuk trade?
Fikirkan betul-betul, ada berapa variable yang mungkin kita terfikir? Nak fikirkan apa yang kita terfikir pun dah susah. Sebab banyak sangat. Apa platform nak guna? Desktop ke mobile apps? Nak trade bila? siang ke malam? Timeframe? broker mana? Instrument apa?
Itu belum lagi diri sendiri punya perangai. Malas nak buat analisa. Malas nak praktis. Selalu nak follow signal orang lagi. Tak ada idea nak trade. Stalk pesbuk cari pendapat orang lain. Nak belajar trade, kena maki pula dengan sifu. Nak trade tapi malas. Dah rajin tapi tak menjadi pulak. Never ending variables.
Jadi apa langkah demi langkah untuk trade?
Mulakan dengan Bismillah. Buka chart, trade on paper. Buat rekod trade. Kira peratusan win, loss. Re-evaluate trading strategy. Perbaiki mana yang patut. Ulang dan ulang.
Sampai bila? Sampai bila-bila buat benda yang sama. Sebab tiada langkah demi langkah. Ia adalah proses yang berterusan. Walaupun ada spesifik strategy, masih perlu kawal variables lain yang hanya boleh dapat dari experience.
Nota kaki: Mana nak dapat experience? Simple, do it now!