Baiklah, secara teorinya telah aku tuliskan pada post sebelum ini berkenaan sistem harga atau price system dalam Gann trading. Ada 3 iaitu AOR, squaring dan square of nine. Mungkin tak best atau mungkin nampak ‘gud2’ je kalau aku sembang kemas pasal teori tanpa praktikal penggunaan dalam trading. Tak gitu?
Well Gann trader must be able to forecast. But Gann trainer can forecast historical chart and draw Gann square nicely and neatly without any error. Hahaha.. Just kidding, jangan mareee abam.
Orait2, aku guna Soybean Oil Futures sebagai case study market yang belum gerak. Setakat post ini ditulis, harga Soybean Oil Futures kontrak July 2019 adalah pada 27.59 dan tarikh hari ini adalah 13 Jun 2019. Gambar chart dengan timeframe 60 minit di bawah boleh dijadikan rujukan
Angle yang berulang dalam Gann trading
Okay, untuk forecast next price guna AOR atau sudut yang berulang-ulang. Aku perlukan planetary cycle untuk forecast bila next turning date atau next reversal date. Long story short, sebab kalau nak cerita macam mana guna cycle untuk cari reversal. Memang panjang lagi. So, assume that next turning point dah dapat. Base on lunar cycle, next turning date adalah pada 17 Jun 2019 iaitu Isnin minggu hadapan.
Pada Isnin minggu hadapan, kedudukan longitude lunar (moon) adalah pada 264° (dua ratus enam puluh empat darjah). Let say AOR untuk next turning point adalah X° dari kedudukan lunar. Dengan mengetahui kedudukan lunar dan sudut AOR X° actual price boleh dicari iaitu pada kedudukan 264° + X°. Kemudian, dari longitude 264°+X° boleh lah convert dari unit degree kepada unit harga menggunakan wheel of 24.
Dapat diperhatikan X° dari kedudukan longitude Lunar, price yang dicadangkan adalah 28.10, 28.34, 28.58, 28.82 dan banyak lagi nombor yang possible. Tapi mana satu? Kan aku kata aritu, kalau takde reinforcement Gann tools as good as Fibonacci retracement dan Fibonacci projection. Banyak level, tapi tak sure mana satu.
Hexagon dan Square of Nine dalam Gann Trading
Orait, reinforcement pada price aku akan squaring the range. Untuk tujuan ini aku guna Hexagon dan Square of nine. Okay, again long story short sebab aku kalau nak screenshot projection price guna Hexagon dan square of nine traditionally. Pusing, pusing, pusing dan pusing. Nanti lagi pening. Oleh sebab aku enginia IT yang hebat, aku kira pakai Excel spreadsheet sajalah.
Okay dari last turning point iaitu 12 Jun 2019, low price yang dicatatkan adalah pada 26.93 yang mana selepas projection. Hexagon chart menunjukkan bacaan price projection seperti berikut:
Hexagon: 28.08, 28.31, 28.54
Square of nine: 28.24, 28.51
So price overlapping adalah pada 28.58 (AOR), 28.54 (Hexagon) dan 28.51 (Square of nine). So nak buat macam mana? Keep it simple stupid. Kita pukul rata harga tu yang mana menghasilkan 28.54
Jadi kita mark atas DAILY chart harga 28.54 dan vertical line pada 17 Jun 2019. Kemudian buat garisan diagonal dari projected price and time. Tarik sehingga last turning point iaitu low 12 Jun 2019. Sekiranya semua in place, dan pengiraan adalah betul. InsyaAllah price akan follow melekat pada garisan projection yang dilukiskan.
Haa, macam ni lah cara forecast guna planetary cycle. Tak syiok pun, takde lukis canggih-canggih atas chart. Lukis pun satu garisan je. Macam ape je kan. Tapi, this is the way how to do it correct way (hopefully). Yela, Gann pun dah mati. Nak verify the most real betul adalah impossible. Unless, kau boleh summon spirit guna ouija board. Hahaha.. yang ni aku buat lawak, jangan kau main spirit pulak woi.
Gann trader (I mean true Gann trader) mesti marah. Sebab aku ceritakan macam mana nak forecast guna planetary cycle. Bukan tu je, siap tunjuk price system. Tapi aku tak kesah pun. Walaupun dah tulis straight to the point, mesti takde orang kesah punyalah. Benda karut buat apa nak caye. kan kan kan.. okay, now cuba korang buang part planetary cycle. Adakah masih meaningful? Ya, masih boleh guna Hexagon dan Square of nine kan? Tapi kalau tak tahu previous turning point macam mana? Nak start squaring price dari mana?
Eh, mana nak dapat previous turning point? Of course dari cycle. Kalau takde cycle macam mana? Tak boleh lah jawabnya. Kena ada. Boleh ikut? Tak boleh takpe
Nota kaki: – Dah cari kat youtube? Jumpa tak? kalau tak jumpa boleh cuba cari kat Google macam mana nak cari dan guna planetary data. Kalau tak jumpa gak, beli tau IT’S TIME. Aku hard sell ni. 😀 😀 😀