Guna Komponen Astronomi Dalam Tentukan Turning Point Pasaran Venus Declination

Dalam post kali ni aku nak bagi bukti kejadian yang komponen astronomi boleh digunapakai dalam trading iaitu Venus Declination. Untuk itu, aku rujuk hasil nukilan George Bayer, lagendary trader terdahulu yang bertajuk Handbook of Trend Determination. Dalam buku ini ada senarai kitaran yang berulang hasil dari kajian George Bayer. Walaubagaimanapun, tanpa pengetahuan tentang komponen planetary buku ini adalah jauh dari bermakna.

venus declination
Sumber gambar dari: alanpuritrading.com

Aku ambil satu kitaran berulang dari buku ini iaitu:

RULE NO. 31: VENUS HELIOCENTRIC DECLINATION REACHING AN EXTREME BEYOND 23°26’51”

Apakah maksud tersebut? Tanpa pengetahuan tentang sistem planetary, adalah mustahil untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh Bayer. Boleh baca apakah itu Declination di Wikipedia (kamon la, takkan tu pun nak kena suap kot).

Dan sebenarnya tiada declination dalam heliocentric system. Mungkin Bayer cuba mengelirukan pembaca dan nak sembunyikan perkara sebenar supaya orang ramai tak percaya. Namun dari contoh tarikh yang diberikan seperti 3 Jan 1938, 27 May 1938, 28 Oct 1938 dan seterusnya adalah bacaan dari normal declination pada Geocentric system.

Ok, dari rule yang diberikan aku akan cari bilakah berlakunya extreme declination bagi planet Venus yang lebih dari 23.4475°. Aku jumpa beberapa senaraikan tarikh berikut (sebelah kiri adalah tarikh, kanan adalah declination):

  • Nov 6 2013  -27.16
    Nov 7 2013  -27.16
  • Dec 13 2014  -24.21
    Dec 14 2014  -24.2
  • May 10 2015  26.04
    May 11 2015  26.04
  • Jun 20 2016  23.92
    Jun 21 2016  23.92
  • Nov 14 2016  -25.59
    Nov 15 2016  -25.59
  • Dec 28 2017  -23.71
    Dec 29 2017  -23.71

Mari kita tengok ada apa-apa significant berlaku pada market berdasarkan tarikh di atas:

Marking pada pasaran Crude Palm Oil Futures (FCPO)

Marking pada pasaran Soybean Oil Futures (ZL)

Marking pada pasaran Crude Oil Futures (CL)

Marking pada pasaran Corn Futures (ZC)

Dari pemerhatian, manakah pasaran yang dominan dengan kitaran berulang venus declination seperti rule 31? Pasaran Corn Futures lebih dominan dan kitaran berulang ini boleh digunakan pada Corn Futures untuk forecast tarikh turning point akan datang. Nah aku belanja 4 tarikh turning point akan datang berdasarkan Venus declination:

  • May 22 2018 25.06
  • Nov 28 2019 -24.79
    Nov 29 2019 -24.79
  • May 4 2020 27.82
  • Jun 5 2021 24.43
    Jun 6 2021 24.43

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top