Komponen Astrolonomi Mercury Speed

Mari kita tengok Mercury Speed iaitu kelajuan pergerakan planet Utarid (Mercury) dalam menentukan turning point. Sementara tunggu entry malam ni, aku merajinkan diri taip post ini. Boleh elakkan diri dari mencari entry yang tak sepatutnya akibat bosan. Seperti biasa aku akan rujuk kitaran berulang dari kitab tuan mendiang George Bayer iaitu Trend Determination.

THE INDIVIDUAL RULES
RULE NO. 1 – SPEED OF MERCURY IN GEOCENTRIC LONGITUDE

Sangat straight forward rule ini kan? Tak ada pun suruh kira tekan kalkulator, kira sudut ke, kira panjang lengkuk bulatan dengan formula sekolah menengah 2 Phi J ke. Jadi apa yang diperlukan adalah data kelajuan Planet Mercury dalam sistem Geocentric. Kemudian, mark kelajuan pada keadaan berhenti (stand still) semasa “Retrograde”.

Retrograde adalah istilah di mana planet seolah-olah buat U-turn dalam pergerakannya. Jika kita drive dan nak buat U-turn, kita akan capai satu titik stand still sebelum kita bergerak ke arah berlawanan. Jadi, pada masa itulah moment yang kita akan ambil dari data Mercury Speed. Fenomena ini terjadi kerana ilusi pandangan dari bumi. Boleh baca berkenaan Mercury Retrograde di website NASA (https://starchild.gsfc.nasa.gov/docs/StarChild/questions/question46.html).

mercury speed retrograde

Baiklah, berikut adalah data pada tahun 2017 di mana Mercury Speed berada pada keadaan stand-still semasa bergerak dari direct ke retrograde dan juga dari retrograde ke direct:

Jan 8 2017
Mar 14 2017
Apr 10 2017
Apr 21 2017
May 3 2017
Jun 21 2017
Aug 13 2017
Aug 26 2017
Sep 5 2017
Sep 28 2017
Dec 3 2017
Dec 13 2017
Dec 23 2017
Feb 26 2018

Dah dapat date, apa lagi. Jom test kat chart instrument kegemaran rakyat Malaysia iaitu Crude Palm Oil Futures (FCPO). Kalau rajin, test la sendiri kat instrument lain.

Mercury Speed Motion
Chart ikhsan dari Tradingview.com

Woww.. woooww.. Biar betul. Macam cocok je kebanyakan turning point yang ditunjukkan ni. Ekleh aku tau, Faiz saja je tu pilih date dan turning point yang dah jadi dan yang ngam. Lepas tu dia mark la. Okay, kalau macam tu aku akan berikan date yang belum terjadi start dari post ini ditulis iaitu 16 March 2018 (Tengok chart pun sampai March je tu). Aku akan tuliskan date sehingga February 2019. Jadi pembaca budiman bolehlah verify sendiri dan forward test dari date berikut:

Mar 23 2018
Apr 2 2018
Apr 15 2018
Jun 6 2018
Jul 26 2018
Aug 8 2018
Aug 19 2018
Sep 13 2018
Nov 17 2018
Nov 27 2018
Dec 7 2018
Feb 11 2019

Amacam? Turning point adalah “know-able” 1 year in advance. Semoga dapat manfaat dari post kali ini.
Digalakkan untuk mem’bawang’ di ruangan komen kalau nak tanya apa-apa

p.s: Kalau dapat ride trend dari turning point di atas boleh hold selama 4 hari sehingga seminggu.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top