Baru-baru ni timbul pulak isu Futures dan CFD. Ada pihak yang beranggapan CFD adalah Futures dan tiada beza antara kedua-duanya. Bila tengok pada chart memang sama saja. Ada harga naik turun. Ada open, high, low, close. Jadi apa yang lainnya?
Futures adalah kontrak jual beli komoditi. Ada spesifikasi produk yang ditetapkan dan dikawalselia oleh exchange. Margin untuk trade Futures juga seragam dan ditetapkan oleh exchange berdasarkan permintaan dan tawaran terhadap produk fizikal. Jadi ia bukanlah pergerakan harga atas chart semata-mata.
Berbeza dengan CFD atau nama panjangnya Contract for Different. Ia adalah produk yang menggunakan nama komoditi. Pergerakan harga semua sama. Namun ia tidak disandarkan pada underlying asset atau produk fizikal yang sebenar. Semua order yang dilakukan di bawah CFD tak sampai ke exchange. Harga hanya berlegar-legar dalam ‘exchange’ buatan yang dicipta oleh broker itu sendiri.
Patuh Syariah?
Jual barang tak ada barang apa hukum?
Situasi 1
Analogi begini ya. Saya nak beli rumah dari syarikat developer. Rumah dijangka siap 3 tahun akan datang. Jadi saya bayar initial margin (deposit) sebagai duit janji untuk beli rumah. Saya berakad dengan kontrak futures iaitu, produk delivery akan di buat 3 tahun akan datang. Bayaran penuh juga akan dibuat pada 3 tahun akan datang. Okay rumah ada kan?
Situasi 2
Macam mana pula dengan situasi, saya nak beli rumah. Ada pihak offer deposit rumah yang sama hanya RM1. Rumah of course belum siap, tanah pun mungkin tak ada. Yang ada cuma spesifikasi rumah di tulis atas kertas. Tiada janji rumah akan dihantar 3 tahun akan datang.
Situasi 1 adalah analogi untuk Futures dan Situasi 2 adalah analogi untuk CFD. Agak-agak apa benda yang memotivasikan orang ramai untuk berikan duit dalam situasi 2? Sudah tentu sebab murah! Deposit murah untuk beli rumah on paper. Rumah ada ke takde apa pedulikan.
Jadi, kau nak apa sebenarnya? Bagi duit RM1 dengan harapan boleh dapat beli rumah? Okay dalam kes CFD, margin boleh trade adalah serendah $1 untuk micro account. Apa benda woi nak trade dengan $1? Okaylah mungkin $1 macam bohong, $10 la kan nak buka micro account CFD. So kalau kau untung 100% sekalipun, profit and loss kau masih $10
“Sikit-sikitlah dulu. Lama-lama nanti akaun dah naik baru kau tau. Time tu kau tengoklah aku jadi jutawan dengan bermodalkan $10 di pasaran CFD”
Eh, kau ni banyak sangat tengok cerita Inception ke woi?
Okay, cukuplah kot dengan satu hujah ni. Eh, Forex macam mana pula? Oh Forex aku malas nak komen sebab dah jelas sangat. Tak tahu macam mana nak explain dah. Ada ustaz kata harus, kau nak ikut sila. Kalau tanya aku, aku jawab tak patuh Syariahlah
p.s. nak lebih detail explaination tentang Futures trading, aku berani rekemen ini: Kenapa Saya Terjebak dalam Futures Commodity Trading
salam tuan, jadi gunakan cfd akaun maksudnya tidak patuh syariah juga? walaupaun tiada leverage (1:1)digunakan.mohon penjelasan.
Wsalam Syakir, iya tak patuh syariah. Jual barang RM1 kalau takde barang pun dah tak Syariah. Apetah lagi kalau nak dilaveragekan
terima kasih tuan atas penjelasan
Trading in futures pun..sebnrnya nak duit jee…”barang” tu sebnrnya perkara nombor 80,,bagi
“TRADER FUTUREs”..bila kamu beli,,sebnrnya dari margin,,dan akan dapat margin jugak..tak ade pulak orang trade futures fcpo,tukar dapat sawit..
Jual beli kena ada barang. Ini Agama Islam yang bagitahu, bukan saya pandai2 buat cerita. Margin ke, cash ke, jual beli kena ada barang. Sekali lagi, ini Islam yang bagitahu. Dari segi patuh shariah syaratnya kena ada barang. Tak kisah la jatuh nombor 93 sekali pun.
salam tuan..macam mana nk bezakan acc future dengan acc cfd?
Biasanya, kalau pakai MT4 adalah bukan Futures. Futures tak pakai MT4
ok..terima kasih, boleh saya tahu mana nak tengok list2 broker untuk acc future?
Boleh rujuk di website Bursa Malaysia
http://www.bursamalaysia.com/market/derivatives/brokers/list-of-trading-participants/
Kalau nak yang recommended, boleh hubungi Abah Furqan (+60193595634) FBR RHB Investment
Salam tuan..saya nak tanya klau cfd x patuh syariah..klau saya trade saham global gunakan Maybank Investment patuh syariah kan?
Saham saya tak mahir untuk tentukan. Saya tak trade saham. Tapi, pernah dapat info ada tools nama idealratings
http://boursa.idealratings.com/
Tapi harga keras sangat
Salam Tuan. Tuan tahu tak siapa broker CFD di Malaysia. Tq
Di Malaysia yang regulated broker Futures ada, contoh RHB Investment. CFD tak ada yang regulated di Malaysia
Salam.. analogi rumah tu saya rasa kurang tepat.. sebab dalam “futures” contract pun Tuan takkan dapat rumah tu secara fizikal… betul?
Sudahlah, nak komen letak la nama betul. Nak tau dapat minyak ke tak, cuba la buy & hold futures kontrak yang ada physical delivery. Futures tau bukan kau deposit $10 dalam akaun CFD lepas tu berangan tunggu broker call suruh ambik minyak. Sebelum tu make sure duit cukup nak buat settlement untuk ambik minyak kat pelabuhan. Sembang je kalu, tak jadi ape pun.
Itu kontrak fizikal delivery..khas untuk orang yang nk meniaga minyak sawit..tuan jadi trader atas talian ke..atau meniaga minyak sawit?kedai tuan meniaga minyak tu kt mana?
nak minyak berapa tong?
Jadi ini bermaksud,spot gold commodity tu, ia haram dan tidak syariah lah kiranya,dan ini jugak termasuk komoditi yang lain seperti minyak ,kopi dan soya
Apebenda ni? nak bahas dalam konteks ribawi atau deliverable?
Saya nak tnya kalau saya follow Datuk Nazri Khan trade Option Global pakai saxo tu syariah ke tak?
Follow sajalah, tiada siapa halang. Saya tak trade opsyen buat masa ni, taktau.
Assalam dan salam sejahtera,
nak tanya apakah hukum jika kita main menggunakan produk minyak dalam MT4 iaitu brent dan wti?
bent dan wti menggunakan sistem CFD tetapi ianya sesuatu produk yg terlihat/fizikal cuma ianya menggunakan CFD di dlm MT4
DAN
terdapat juga dlm MT4 brent/wti future menggunakan sistem future dan apa hukum nya?
Semua info dah tulis kat post ni
Nak Tanya, sekarang ninorg selalu trade saham global tu guna cfd ke? Mcm gune broker mocaz dll?
Saham adalah saham, Futures adalah Futures, CFD adalah CFD tak sama.
CFD tak boleh, tapi kalau nak trade juga silakan. Saya tiada kuasa untuk menghalang
Terima kasih tuan atas penerangan.
Saya dulu seorang pemorex tegar.
Selalu sedapkan hati walaupun tahu benda tu tak ikut syariah. Tapi alhamdulillah sejak tinggalkan benda forex2 ni.. rezeki tak putus..
Mungkin niat nak cari keberkatan dalam rezeki.
Sama2, Alhamdulillah. Saya pun dulu begitu juga.
Assalamualaikum.
Saya nak tanya, kalau trade gold (XAUUSD) menggunakan MT4, itu halal ke haram?
saya confused, boleh tolong bagi pencerahan tak? Dari segi ribawi atau settlement.
Emas adalah barang ribawi. Status Syariah compliance tiada kaitan dengan platform mahupun broker.
Market yang kita nak trade mestilah:
1. Bukan barang ribawi (emas perak brg ribawi so tak boleh)
2. Barang fizikal mesti ada didagangkan
So, adakah syarat #2 ini dipatuhi oleh broker yg kita trade?
Salam, kalau trade dalam DJI futures sama tak hukum nya dengan trade oil?
Dji adalah index. Kena semua stock di bawah index tersebut berstatus patuh shariah, baru boleh.
Global Future pun ada yang haram. Dalam syariah haram menangguhkan kedua dua barang dan bayaran. Hanya 1 penangguhan di benarkan samada barang atau bayaran. Banyak dah penjelasan pasal ni dalam kuliah2.
Kenapa di Malaysia fcpo halal? Di Malaysia dulu hukum asal future fcpo pun haram. Tp SC telah berusaha menjadikan future fcpo halal dgn cara mewujudkan satu entiti penjamin di antara pembeli dan penjual yang menjadikan penyebab haram iaitu ketidak tentuan pada dua kompenem penangguhan barang dan bayaran berjaya ditangani. Global trade future masih belum ada benda ni.
Hukum blh berubah jika diolah. Hukum bukan rigid. Malahan CFD juga pernah ada usaha oleh pihak2 tertentu untuk cari jalan jadikan patuh syariah. Tapi sebab sifat CFD itu sendiri yang tiada ikatan dan niat ke atas komoditi asal usaha tersebut telah gagal. P
Betul lah tu. Memang tak semua Futures patuh syariah. Lean Hog Futures sampai bila2 pun statusnya haram.
Jaminan fizikal delivery & stock dah lama tertulis dalam dokumen rasmi SAC SC. Jaminan delivery juga ada pada exchange lain. Jika beli jagung di CBOT, takkan dapat durian. Mestilah dapat jagung dengan kualiti dan kuantiti yang tertulis pada kontrak.
Ya, betul juga. Hukum boleh diolah. Dulu saya pun trade forex sebab belum ada hukum rasmi. Sekarang dah ada hukum dan fatwa rasmi saya stop lah.
Masa akan datang jika ada hukum forex boleh trade di Malaysia, hukum CFD pun dibolehkan secara rasmi dan bukan dari komentar kuliah YouTube. Ayuh sama2 kita meriahkan sektor trading. Buat masa ini, maaf tiada hukum atau fatwa rasmi yang membolehkan CFD.
cfd trade $0.01 sen pn bole. aku bru try, mase tu xtau lg bende ni xsyariah.tp mmg bole buat duit la haha
Salam tuan, macam mana nak tahu WTI dan Brent Oil dekat MT4 guna ICM VC Live tu CFD atau Futures?
Boleh baca di website broker atau tanya terus kepada support
Ada x satu fatwa atau resolusi yg jelas dan nyata dari majlis fatwa atau SC atau mana2 badan authority di Malaysia (bukan sekadar pandangan peribadi) yg nyatakan CFD haram? Cthnya mcm forex mmg ada resolusi jelas dari Majlis Fatwa.
Boleh tanya sendiri SC atau Majlis Fatwa.
Fxpro tu bkn future jgak ke?
Ntahlah, kena tanya broker tu sendiri
salam tuan,
apa pandangan tuan kita trade futures guna intraday margin. maksudnya jika margin trade fcpo ialah rm4500, tp broker bagi intra margin rm2500 shj. mcmne?
Saya akan pandang dengan pandangan yang tajam. Hehe. Trade jela guna intra. Kalau ragu2, boleh tambah deposit jadi full margin. Senang je kan ?
Cuma kalau guna intra margin, kena sentiasa ingat. Tutup position sebelum market tutup. Kalau tak, broker yang kena keluar duit utk topup margin yg tak cukup tu. Haa.. Kalau kita di pihak broker mcm mana rasa kena keluar duit?
Assalam. Sekadar bertanya, skrg ni saya dah deposit 100 usd ke account mt4, dan skrg dah rugi 50 usd. Dan skrg juga baru saya sedar yang cfd ini haram. Jadi soaln saya, adakah saya boleh tuntut balik rugi tu dgn trading lg utk dptkan balik duit saya sampj cukup balik modal, kemudian saya stop, or saya just stop dr sekarang dan terima kerugian itu? Mohon penjelasan. Terima kasih
Wsalam tuan yg bertanya. Saya bukan pakar hukum untuk buat kesimpulan. Saya cuba jawab dengan analogi begini ya.
Saya masuk kedai mesin kuda. Saya bawa duit RM100. Lepas main kuda dan loss RM50, baru sedar yang main kuda ni tak patuh shariah. Jadi..
Dari analogi ini, tuan mungkin boleh buat kesimpulan sendiri.
Baiklah faham. Terima kasih tuan atas pencerahan. Boleh suggestkan platform trading futures yang patuh syariah tuan ? Terima kasih
Begini tuan, patuh Shariah adalah atas instrument (produk) itu sendiri dan tiada kaitan dengan trading platform. Sebagai contoh pada Futures ada banyak produk atau instrument, antaranya adalah Crude Palm Oil Futures, Gold Futures dan Lean Hog Futures.
Ketiga-tiga ini adalah produk atau instrument Futures. Ketiga-tiga instrument ini juga boleh trade pada trading platform yang sama. Tapi hanya satu yang patuh Shariah iaitu Crude Palm Oil Futures. Gold Futures tidak patuh shariah atas sebab riba, Lean Hog Futures tak patuh shariah sebab ia adalah derivative dari babi.
Kesimpulannya, trading platform bukan sebab sesuatu instrument trading itu patuh shariah ataupun tak patuh shariah.
Untuk buka akaun, boleh buka akaun pada mana-mana broker berdaftar di bawah Bursa Malaysia. https://www.bursamalaysia.com/trade/trading_resources/brokers_for_derivatives/list_of_trading_participants
Boleh hubungi admin di Telegram
http://bit.ly/NakTradeFutures