Calendar Spread pada Foreign Futures

Spread instrument adalah produk terbitan (derivative) dari Futures outright. Ia adalah beza harga antara 2 kontrak Futures. Kontrak yang terdekat di panggil near month. Kontrak terkebelakang di panggil far month.

Sebagai contoh, beza antara Crude Oil Futures kontrak July 2019 dan kontrak August 2019 adalah -8. Jadi price untuk spread Crude Oil Jul-Aug 2019 adalah -8. Masih tak clear? Rujuk contoh pengiraan di bawah

spread

Diberikan harga futures kontrak seperti berikut:

Crude Oil Kontrak July 2019 (CLEN19) : 61.31
Crude Oil Kontrak August 2019 (CLEQ19): 61.39

Kembali kepada definisi spread sebelum ini iaitu beza antara dua kontrak. Jadi sila jawab soalan sekolah rendah ini, bezakan harga antara 2 kontrak

= 61.31 – 61.39
= -8

Jadi harga untuk Calendar Spread Crude Oil Futures Jul-Aug 2019 adalah -8 (negative lapan).

Order Spread

Order spread adalah jual dan beli 2 kontrak berlainan pada masa yang sama. BUY Jul 2019 dan SELL Aug 2019 pada masa yang sama. Order spread boleh dibuat 2 cara iaitu melalui 2 outright order, atau 1 spread order.

Dua (2) Outright Order

Buka order ticket untuk kontrak Jul 2019 dan submit BUY order, kemudian buka order ticket untuk kontrak Aug 2019 dan submit SELL. Akan ada 2 position trade yang berlainan arah iaitu BUY pada kontrak Jul 2019 dan SELL pada kontrak Aug 2019. Cuma kekurangan untuk cara ini adalah, perlukan full margin untuk execute 2 lot trade.

Jika 1 lot atau kontrak Crude Oil perlukan margin UDS$3465 (betul pada waktu post ini ditulis). Maka untuk buat 2 order seperti di atas. Perlukan $3465 x 2 = $6930. Dollar tau!

Satu (1) Spread Order

Order jenis ini hanya boleh dibuat pada “broker recognised spread” sahaja. First dapatkan confirmation dari FBR tuan/puan terlebih dahulu. Adakah broker recognise spread order? Jika ya, satu spread order boleh dibuat. Bermaksud kita hanya perlu submit BUY spread order JUL-AUG2019 dan sistem akan buat 2 order. Iaitu BUY kontrak Jul2019 dan SELL kontrak Aug2019 secara serentak dan automatik.

Kelebihan adalah margin yang diperlukan adalah jauh lebih rendah dari outright margin. Berapa murah? Untuk satu spread order margin diperlukan adalah sekitar USD$600 sahaja.

Nota kaki: margin lebih rendah pada spread position sebab satu order akan offset satu lagi order. Atau dalam kata lain, jika ada delivery, satu lagi kontrak akan offset

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top