Analisa Harga FCPO Kontrak Aug 2019

Mari aku cuba untuk analisa market FCPO dengan cara yang lebih nampak normal. Apa yang normal? Analisa base on price dan bukan time. Yela, analisa time nanti nampak karut wa marut. Susah la aku nak skem kalau nampak karut. 😀

Orait, untuk FCPO Aug 2019. Chart adalah seperti berikut

fcpo gann hexagon chart

Diberikan LOW adalah pada harga 1988. Jika diperhatikan pada Hexagon chart, 1988 adalah pada kedudukan 87° atau 27° Gemini. Rujuk gambar di bawah :

fcpo gann hexagon chart

Kemudian, cuba dapatkan dimanakah kedudukan 180° (degree) dari 87° atau 27° Gemini. Tambahkan 87 dengan 180 menjadikan jawapan 267° atau 27 Sagittarius. Dan price yang berada pada kedudukan ini adalah 2066 seperti ditunjuk pada gambar di bawah:

fcpo gann hexagon chart

Jadi kita ada 2 nombor LOW 1988 dan HIGH 2065 (one tick more to reach 2066) yang berada pada kedudukan 180° antara satu sama lain. Let say, salah satu Angle of Repetition (AoR) untuk FCPO adalah 180°, maka FCPO dah sampai kepada resistance dan akan buat pullback sebelum sambung kenaikan.

Jadi kita boleh cari price yang berjarak 90° dari 2065 untuk masuk entry BUY pada pullback. Mari refer ke Hexagon chart semula untuk cari apakah price yang berada pada 90° ini? Oleh kerana price 2065 berada pada 265°, bezakan 265 dengan 90 yang menghasilkan 175°. Apakah price yang berada pada 175°?

fcpo gann hexagon chart

Di manakah logiknya nombor-nombor yang penuh tak bermakna ini? Kah kah kah. Okay2, kita tengok chart. Aku dah lukiskan 2025 adalah pada level S&R yang acceptable. Alaa, korang kan lagi power S&R mesti lebih tahu dari aku yang tak berapa reti tengok market paling susah di dunia ni (katanya).

fcpo gann hexagon chart

Jadi, adakah boleh untuk buat pending order buy limit FCPO Aug 2019 pada harga 2025? Yep, up to mung lah. But beware, untuk FCPO aku tak sure berapa loss motion pada price. Mungkin 3 atau 4 ticks. Maksudnya, mungkin dia melibas ke 2020 ~ 2023 gitulah. Walaubagaimanapun, aku tak ada kuasa magik untuk tahu pagi ni gap lebih bawah dari 2020 ke tak. Kalau dah lebih bawah, maksudnya analisa ini tak boleh pakai. (penat je aku tulis) 😀 😀

One more, berapa nak buat target profit? Buat setakat ini atas dari data yang ada dan gambar yang ada. Boleh rujuk pada gambar Hexagon chart yang pertama. Cuba cari berapakah price untuk target profit kalau angle yang diberikan adalah 360°?

Saya berbesar hati sekiranya rakan pembaca boleh klik butang share di bawah sambil baca jawapan

Jawapan:

Jawapannya adalah: RM 2145

Nota Bajet Normal:
Mesti ada yang tanya kenapa aku pakai bar chart dan timeframe 30 minit? Eh suka hati akulah nak pakai chart bar, heiken atau timeframe 18 saat sekali pun. Cool tak jawapan ni? haha

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top