Berapa Lama Masa Di Ambil Untuk Withdrawal Futures?

Setelah bertungkus lumus trade saban hari, saban minggu dan bulan. Sudah pasti kita mahu merasai hasil daripada trading. Apalah gunanya kalau register mudah, komisen murah kalau kelak nak withdraw profit pun ada masalah. Oleh sebab itu pemilihan syarikat broker yang legal adalah sangat penting. Pastikan akaun trading yang dibuka adalah segregated account dan bukannya direct transfer kepada personal account wakil broker.

Baiklah, saya trade Crude Oil di broker USA yang berdaftar dengan CFTC dan ia adalah members kepada CMEGroup. Macam mana nak buat pemilihan broker yang reliable boleh dapatkan ebook saya TdFCT di SINI. Atau anda boleh buat rujukan sendiri dengan buat carian di Google, forum, Youtube dan sebagainya. Tiada masalah.

Untuk urusan withdrawal, masa yang diambil adalah kurang 24 jam. Ya betul, tak sampai sehari bekerja duit sudah tiba di dalam akaun bank di Malaysia. Saya sempat untuk mendapatkan maklumat mula transfer dari USA sehingga saya dapatkan duit dalam akaun bank di Malaysia.

Dapat dilihat dari maklumat di atas, request untuk withdrawal sebanyak $1500 dibuat pada tarikh 2/2/2017 dan pukul 8:27AM waktu USA (lebih kurang 8:27PM waktu Malaysia). Dan keesokan harinya iaitu pada 3/2/2017 sebelum jam 12 tengah hari, saya dapati amount withdraw dah ada dalam akaun. Amount yang sampai Malaysia adalah setelah ditolak charge dan GST.

Jadi saya masih tertanya-tanya, apa lagi sebab untuk kita tak boleh untuk trade Futures? Mengapakah masih mahu memperjudikan nasib trade di broker CFD yang bertopengkan futures? Anda hebat trade, sayang sekali sekiranya amount profit adalah nombor semata-mata dan tak boleh withdraw. Banyak kes yang terjadi kan sebelum ni? Ambillah pengajaran dari peristiwa sebelum ini.

Kekangan Akta di Malaysia

Ya, saya faham sangat dengan mereka yang terlalu risau dengan akta. Paling pelik, perdagangan forex yang sudah terang-terangan ditegah dari sisi agama Islam fatwa, mahupun akta negara tidak pula banyak soalnya. Apatah lagi duit deposit diberikan kepada wakil broker ke akaun personal, Seriously weh.

[emember_protected for=”2″ custom_msg=’Sebagai menghargai pelanggan yang telah membeli ebook TdFCT, post berikut adalah protected dan hanya boleh diakses oleh pembeli TdFCT sahaja. Klik LOGIN atau buat pembelian di SINI‘]

Ok Futures trading di Malaysia mestilah dilakukan oleh authorised brokerage di MALAYSIA SAHAJA. Hal ini adalah bertepatan dengan FEA Rules (Foreign Exchange Act) Notice 4 dan rujuk pada perkara ke-5 tentang produk derivative. Lihat gambar di bawah untuk akses kepada FEA Rules.

Jadi untuk withdrawal daripada selain broker di Malaysia adalah dilarang. Akan tetapi mari saya kongsikan beberapa tips yang saya amalkan sebelum ini masih boleh digunapakai:

  • Bank negara tak akan tahu selagi Manager bank tempatan tak buat report
  • Gunakan foreign bank untuk urusan withdrawal seperti Standard Chartered, Citi Bank, OCBC, OUB atau HSBC kerana mereka tak banyak songeh
  • Jangan withdraw ke bank tempatan khususnya Maybank, CIMB dan RHB melainkan akaun anda berisiko untuk dibekukan oleh bank negara.
  • Stay under radar, lakukan withdrawal di bawah RM10,000 atau kurang USD$2000. Paling banyak pun buatlah USD$1500, jangan tamak.

Oh ya, protected post ini adalah khas untuk bacaan pembeli TdFCT. Jadi mohon jangan sebarkan keluar kerana ia mengandungi maklumat sensitif. [/emember_protected] Semoga bermanfaat.

Share post ini sebagai penghargaan anda

2 thoughts on “Berapa Lama Masa Di Ambil Untuk Withdrawal Futures?”

  1. Salam, buka akaun dengan standard charted, boleh buka akaun persendirian atau perlu buka akaun syarikat untuk terima duit dari broker luar. T.kasih

Leave a Reply to Faizhebat Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top