Trading is probability game iaitu berkaitan dengan kebarangkalian
Trading bukan indikator
Trading bukan garisan-garisan yang memenuhi chart
Itu hanyalah guide dan lukisan yang membantu kita sebagai trader untuk mendapatkan kebarangkalian tinggi supaya win dalam trading.
Ok macam ni. Macam mana nak tentukan kebarangkalian ni?
Pilih satu teknik trading paaaaaling simple. Paling bodoh la. Tak payah fancy2.
Katakan teknik digunakan seperti di bawah
Indicator: EMA15
Rules: setiap kali price close atas EMA15 buy, dan setiap kali price close bawah EMA15 sell.
Target: 20 ticks
Stop loss: 10 ticks
Timeframe: 5m
Cuba backtest. Tengok keputusannya.
Dari 10 kali trade, berapa kali win?
Dari 100 kali trade, berapa kali win?
Tukar ke timeframe 1 minit pula.
Test kat 3 minit, test kat 10 minit, 15 minit.
Apa pula keputusannya? Berapa winning percentage?
Adjust lagi. Tune lagi. Sampailah dapat winning percentage yang kita puas hati. Ulang dan ulang lagi. Katalah tak dapat capai winning percentage yg dimahukan, tambah satu lagi indikator sebagai filter. Tambah indicator ADX untuk filter kekuatan pergerakan harga, hanya entry jika ada momentum sahaja. Lihat keputusan backtest. Berapa winning percentage? Ulang lagi sampai dapat winning percentage yg dimahukan. Tune lagi, tambah filter jika perlu.
Alamak leceh la nak buat semua tu. Dah tu ingat senang ke trade ni? Ia bukanlah kerja satu hari. Bukan kerja satu malam. So takde masalah pun sebenarnya nak guna indicator atau naked chart. Tapi.. Ada orang kata pakai indicator lagging? Macam mana tu?
Ya betul ia lagging. But, I make profit from it.
So what??
P/s: Ada tak sapa2 yang tak nak “reinvent the wheel”, malas nak backtest sendiri teknik trading?