Tips dan Trik – Trade Masa Market Sideway

Semasa market sideway ni, orang kata boring. Mungkin sebab masa sideway tak dapat nak define arah pasaran yang jelas. Namun pada pendapat dan pandangan saya yang tak seberapa ini, market memang sentiasa sideway dan bergerak dalam range. Cuma besar atau kecil sahaja. Sekiranya sesuatu pergerakan itu telah melepasi range sebelumnya, target seterusnya adalah lebih kurang sama dengan range sebelum itu.

Ok, tak faham kan? jom tengok gambar market sideway macam kat bawah ni.

market sideway

Market akan cenderung untuk bergerak pada range. Cuba tengok RANGE 1, jarak pergerakan ke atas adalah sama dengan RANGE 2. Di sini apa yang saya cuba sampaikan adalah, kita boleh plan untuk cari SELL apabila market bergerak mendekati level atas pada RANGE 2. Sekiranya mahukan lebih kerap untuk masuk market, bahagikan RANGE 2 kepada 2 bahagian. Letakkan garisan tengah di RANGE 2.

market sideway

Ok, dah bahagi kepada dua bahagian maka dapatlah garisan tengah. Garisan tengah ini sangat significant untuk beraksi sebagai level SUPPORT atau RESISTANCE yang sangat bagus. Dari sinilah kita akan dapat idea di mana level-level yang berkebarangkalian tinggi untuk market buat reversal. Apabila dah dapat anggaran level reversal, kita boleh tunggu untuk entry menggunakan cara entry yang kita tahu. Nak guna candlestick reversal ke, nak guna price action ke, nak guna EMA cross ke. Keep it simple saja.

Amacam? Senang ke mudah? Apalah yang susah sangat nak cari level reversal kan. Guna yang mudah-mudah saja. Ingat ini KISS – Keep It Simple Stupid. Yela, kita ni nak trade kecil-kecilan je pun kan. Bukanlah nak jadi market analyst. Relax-relax sudeeeehh.

win200


Entry ini ditulis untuk mengelakkan gatal tangan untuk entry lagi sebab dah secure win 20 ticks ($200). Tapi tak puas hati sebab kena TS lepas tu baru market jalan. Oh ya, nak tahu lebih lanjut tentang asas Futures? KLIK SINI

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top