Part 3 Law of Vibration dan Analogi Makanan

Sebelum ini aku ada tulis berkenaan Law of Viration dalam trading. Kali ini part 3 aku akan tulis berkenaan polarity pada market. Atau orang professional kata market structure. Sebelum itu, jika rakan pembaca belum baca part 1 dan part 2 boleh baca terlebih dahulu untuk elak segala ketidak fahaman dalam tulisan kali ini. Klik link di bawah ini untuk ke part 1 dan part 2.

Baiklah masih lagi berkisar tentang buku 18 muka surat tulisan George Bayer, iaitu Egg of Columbus (Egg). Dalam 2 part sebelum ini telah aku rungkaikan sedikit sebanyak tentang buku ini dan perkaitannya dengan market. Walaupun buku ini tak tebal seperti buku tulisan W.D. Gann mahupun Luther Jensen. Tapi informasi dalamnya amat padat.

Aku yakin, confirm, sure yang sesiapa saja yang baca buku Egg ini akan SKIP pada bahagian paling penting. Iaitu tarikh yang dinyatakan pada buku tersebut. Betul tak? kan.. kan.. kan..? Dah agak dah. Melainkan kalau korang tak pernah baca, memang tak tahu langsunglah kan.. Okay takpe, boleh start baca kejap lagi dan tengok. Betapa banyaknya tarikh dalam buku ini.

law of vibration

Dah la awal-awal merepek ntah apa-apa pasal makan ikan, makan kuaci, makan cheese, burung, biskut apa semua tu. Lepas tu dok sembang pasal tarikh pulak. Apakah kegilaan ini? Yang pastinya pada part ini paling tidak pun kita akan membaca secara ‘scan’ sahaja. Sebab nak skip semua tarikh yang nampak merepek.

Sebab tu aku beritahu, nak baca buku Bayer, Gann dengan Jensen ni bukan macam baca cerpen cerita hantu. Tapi kena ada pen dan kertas. Atau notepad untuk menaip nota. Tapi aku lebih suka pakai Excel spreadsheet. Boleh terus kira jika diperlukan. Eh? Kira apa weh? Aiyak.. takkan korang tak nampak lagi?

Semua date yang mamat Bayer ni tulis bukan saja-saja dia petik out of thin air. Bukan random tau, tapi ada range dia sendiri. Yang pasti penulisan tarikh itu takkan dalam sequence yang teratur. Yang tu kena expect la. Mula-mula dia cerita tahun 1940 lepas tu tahun 1941. Kemudian tak pasal-pasal dia throw back ke tahun 1938. Out of sync habis. Memang sangat confusing dan memang itu pun tujuannya. Nak suruh orang confuse, berhenti baca dan cop dia sebagai merepek. Hahaha

So, apa yang perlu dibuat sebenarnya?

Macam mana pun, korang yang baca ni kena juga keluarkan semua tarikh yang ada dalam buku Egg. Kemudian cuba susun semula semua tarikh ikut sequence. Susun satu-satu ikut aturan yang sepatutnya. Kemudian cuba untuk “match” description setiap tarikh dengan makanan yang disebutkan (dituliskan).

Macam aku tuliskan sebelum ini dalam part 2 pada perenggan di hujung. Apakah fasa market sekarang? Apakah point market sekarang? Adakah sekarang ini adalah point atau fasa burung? atau fasa point ikan? atau fasa kacang dan biskut? Kemon gais, do your homework. Aku dah disclose sikit-sikt tu, yang lain boleh dah sambung.

Kemudian nak kira apa pula?

Ini yang aku pelik. Jika diberi price, boleh la pulak kira range. Kalau diberi date, takkan terus jem? Tak boleh nak kira range? Ya, boleh kira range in term of time. Macam mana? boleh la cuba untuk fikir sikit. he he he

Ada beberapa cara mahupun kaedah. Boleh kira dalam calendar days. Boleh kira dalam trading days. Boleh juga dikira dalam unit zodiacal mahupun planetary degree. Mana satu yang baik? Hmm.. kena test. Semua kaedah, semua method pun mempunyai possibility yang Bayer akan gunakan. Sama ada kira hari dari kalendar mahupun planetary degree menggunakan Ephemeris.

Untuk track degree, boleh cari dari Swiss Ephemeris. Untuk ephemeris dalam betuk digital dan format dalam degree, perlukan software berbayar untuk generate data ephemeris setiap planetary degree. Boleh tahan mahal juga harganya. Kalau nak panduan step by step yang murah sikit dalam bahasa Melayu, boleh la beli video yang aku buat. Macam mana nak generate data Ephemeris planetary degree gunakan script command prompt. Boleh klik link ini —> https://iamfuturestrader.com/product/video-panduan-generate-ephemeris/

Tapi apa nak kira? errr…

Ok takpe, cuba baca dulu buku Egg. Kemudian buat dulu, keluarkan semua date dari buku tersebut dan buat nota sama ada bertulis atas kertas mahupun atas spreadsheet. Lepas tu tenung lama-lama sampai tembus. Nanti lama-lama akan nampak.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top