Masalah Dalam Trade or Whatever You Do

Kalau perasan, aku memang jarang offer benda-benda yang teknikal. Macam teknikal analysis lukisan silang pangkah atas bawah. Teknik indicator penuh skrin tak nampak candlestick. Teknik counting wave, teknik Gann square, rectangle mahupun timetable. Sebab apa? Sebabnya kan ramai syifu power, kalau aku offer pun benda yang sama juga. Ye dak?

Tapi kalau betul nak belajar counting Elliotwave, boleh la contact sifu Abdul Rahman Limbong. Aku tak di bayar, tapi kau sebut la aku rekemen. Kot la nanti dia nak melanje aku makan mekdi ke. Haha. Takdela, sebab dia certified so aku rekemen la. Tu jek. Aku takde cert apa-apa, so dok diam jela dalam gua membebel kat blog sendiri.

Kalau ikutkan la, aku rasa trader ni takde masalah trade pun. Cuma masalah tak konsisten dan paling nampak kelemahan adalah tak ada rekod dalam trading. Macam mana nak tahu konsisten atau pun tidak, kalau tak ada rekod dan statistik. Macam mana nak tahu yang kita punya trading strategy works or not, kalau tak ada rekod dan statistik.

Percentage win 80%, 90%, 100% apa aku kesah. Tanpa trading rekod, statistik dan money management yang baik. Sorry to say, dengan 100% winning percentage trading strategy sekalipun. Di jamin boleh jadi loss tanpa balance. Kenapa kena ada semua itu? Sebab ‘Rome wasn’t built in ONE day’ (SPARTAAAANN!! Aumm auumm) – eh tadi kata Rome, tetiba Spartan pulak pehal.

Okay sambung. Ada prosesnya, ada pengalaman yang perlu dilalui, ada kesalahan yang perlu dibaiki. Semua tu perlu masa. Tapi buang masa juga kalau tak ada rekod, tak ada latihan untuk improve skill diri sendiri. Rujuk semula 10,000 hours rule dari post di bawah

https://www.facebook.com/faizshebat/posts/2155889514702932/

Macam mana nak buat rekod dan statistik? Ambil pen, kertas. Tulis hari ni hari apa, tarikh, masa. Trade instrument apa. Entry buy ke sell. Berapa hari hold, atau intraday je? Berapa ticks win, berapa loss? Tengok mana data yang kureng dan boleh dibaiki.

“Nak tulis dalam Excel boleh tak?”

Sebaik-baiknya, tulislah atas batu bersurat supaya tak lapuk oleh hujan tak lekang oleh panas. Kemonla, takkan nak instruct macam budak-budak kan. We have unlimited resources nowadays. Be creative, innovative and sensitive.

Nota emo tak tentu pasal: Ada satu lagi cara kalau malas nak buat rekod dan statistik. Iaitu… Komplen, komplen, dan komplen. Kalau komplen kan orang lain salah, kita sendiri musti kena betul. Yeaahhh!

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top