Analisa Masa Ala-ala Analisa Teknikal

Analisa masa atau time analysis, memang kurang popular jika nak dibanding dengan analisa teknikal. Atau orang bijak pandai panggil TA (Technical Analysis). Dari segi lukisan saja pun analisa masa dah tak nampak menarik.

Dalam TA, macam-macam boleh lukis. Garis melintang ada, garis serong ada, garis silang ada. Belum masuk lukisan bentuk empat segi, tiga segi, bulat-bulat, grid silang-silang, macam-macam lagi lah.

Bukanlah aku kata TA salah, tak salah pun. Aku pun masih guna TA untuk trade. Trendline, support resistance, ada juga aku lukis kadang-kadang. Count Elliotwave pun buat kalau boring cuma ia bukanlah menjadi prioriti untuk aku buat decision untuk masuk market.

Okay, mari aku kongsikan analisa masa ala-ala teknikal analisis. Yela, korang kan suka benda-benda lukisan. Tak lukis nanti korang kata tahyul, syirik. Ye tak? Contoh aku lukiskan pada Corn Futures (ZC) daily chart

Time Analysis – Ukur jarak antara High to Low

forecast

Aku ambil mana-mana HIGH dan LOW pada chart. Dalam contoh di atas aku ambil high pada 11 Julai 2017 dan low 15 Nov 2017. Jarak antara dua date ini adalah 127 hari kalendar atau 90 hari trading. Sekarang boleh cuba forecast untuk next significant point yang possible untuk berikan reversal.

Time Analysis – Duplicate jarak untuk forecast tarikh akan datang

time analysis

Gunakan jarak yang sama antara dua tarikh untuk forecast reversal date seterusnya.

Time Analysis – Duplicate sekali lagi untuk forecast tarikh seterusnya

gann time analysis

Oh, as simple as that?

Dah tu kau nak complicated macam mana lagi? Macam ni jela time analysis. Tapi ada beberapa soalan untuk difikirkan dalam kau kata simple tadi tu

  1. Mana satu nak guna untuk ukur jarak antara dua tarikh? calendar days kah? atau trading days kah?
  2. Dari mana nak start measure HIGH dan LOW? adakah dipilih secara random?
  3. Adakah jarak antara HIGH dan LOW sahaja yang significant? Atau boleh antara HIGH to HIGH dan juga LOW to LOW?
  4. How confident you want to use this kind of simple forecast technique?

Aku tinggalkan soalan ini untuk pembaca budiman fikirkan. Tapi kan, kalau kau dengar sifu kau tanya salah satu dari 4 soalan kat atas ni kan. Kau tau la kan dia ambil kat mana. Tak pun, cuba kau tanya sifu kau boleh jawab tak soalan ni. Hehe 🙂

p.s. IT’s TIME salah satu kaedah untuk time analysis

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top