December 2016

Futures Trading – Kalau Semua Buy Siapa Nak Sell?

No comments

Dalam futures trading semua maklum akan ada berlakunya jualan dan belian. Pernah terfikirkah kalau semua orang buy, siapa yang nak sell? Dan begitulah sebaliknya siapa yang nak beli kalau semua orang sell? Mungkin tiada masalah untuk instrument Futures yang mempunyai volatility dan liquidity yang tinggi dan didagangkan diseluruh dunia. Atau dalam kata lain yang mempunyai jumlah transaksi yang besar seperti international Futures.

Bagaimana pula dengan instrument Futures tempatan seperti Crude Palm Oil Futures (FCPO)? Walaupun ia didagangkan di pasaran antarabangsa, namun trading time FCPO yang sangat terhad mungkin menjadi salah satu penghalang untuk retail trader dari pasaran antarabangsa untuk trade FCPO. Jadi, satu mekanisme diperlukan untuk menggalakkan liquidity pasaran supaya order boleh matched dan filled. Berbalik kepada hukum jual beli, mesti ada jualan baru berlaku beliandan sebaliknya.

Bila semua orang buat belian pada satu harga, siapa pula sukarelawan yang “terpaksa” jual? Ahaa.. Spread trader adalah salah seorang yang akan menjual dikala semua orang membeli dan beli pada masa semua orang menjual. Kenapa? Kerana setiap SATU order yang dibuat pada kontrak spread sebenarnya akan ada DUA order pada DUA kontrak Outright.

BUY kontrak Spread FCPOJan2017-Feb2017 akan trigger 2 order iaitu BUY kontrak FCPOJan2017 dan SELL kontrak FCPO Feb2017. Jadi akan wujud volume untuk sell pada kontrak Feb2017, kerana setiap order BUY pada spread kontrak akan ada BUY pada satu kontrak disusuli dengan order SELL pada kontrak satu lagi. Begitulah sebaliknya, sekiranya SELL kontrak spread maka akan berlaku SELL pada near month dan BUY pada far month.

p/s: Instrument FCPO adalah unik kerana mempunyai kontrak calendar spread hampir setiap bulan. Berbanding dengan international futures yang sama kelas seperti soybean oil yang hanya ada calendar spread setiap 3 bulan.

FaizhebatFutures Trading – Kalau Semua Buy Siapa Nak Sell?
read more

Kepentingan Kontrak Spread Dalam Pasaran Hadapan

4 comments

Futures kontrak adalah terbitan dari spot market, manakala spread kontrak adalah terbitan dari Futures kontrak. Terbitan inilah yang disebut ‘derivative’ dalam bahasa canggihnya. Sebab itulah, Futures trading diletakkan di bawah exchange Bursa Malaysia Derivative (BMD) dan bukan Bursa Malaysia (stock exchange). Hubungan secara ringkas adalah seperti berikut:

Spot (Cash) –> Futures –> Spread

Kontrak futures secara tunggal dinamakan “OUTRIGHT contract”. Bila dua (2) outright contract dipasangkan (pair), maka terbitlah “SPREAD contract”. Kenapa perlu ada kontrak spread ni? Ada ke orang trade kontrak? Dah lah pergerakan slow, range tak besar, harga pulak pelik siap ada sampai negatif harganya. Macam mana nak trade?

Roll-Over Kontrak

Antara tujuan kontrak spread diwujudkan adalah untuk roll-over kontrak yang menghampiri atau telah sampai tarikh expiry. Sebagai contoh saya ada long position kontrak FCPO Feb 2017 yang mana active traded month adalah dari 16/11/2016 – 15/12/2016. Jadi pada 15/12/2016 sekiranya saya nak hold lagi long position, saya kena pindahkan long position ke kontrak bulan berikutnya iaitu FCPO Mac 2017.

Untuk melakukan ini, saya akan SHORT Spread FCPO Feb2017-Mac2017. Apa yang akan berlaku adalah dua (2) order yang berlawanan akan dilakukan SERENTAK iaitu 1 SHORT order FCPO Feb2017 dan 1 LONG order FCPO Mac2017. Kronologi adalah seperti berikut:

Existing position: LONG FCPO Feb2017

kontrak spread - fcpofeb2017
Short spread: SHORT FCPO Feb2017 & LONG FCPO Mac2017 (2 order Serentak dan automatik)

kontrak spread fcpo febmac2017
Apa terjadi: SHORT FCPO Feb2017 akan offset existing LONG FCPO Feb2017
Rolled Over: Oleh kerana spread kontrak akan buat 2 order berlawanan, sekarang saya ada LONG position pada kontrak FCPO Mac2017.

kontrak spread fcpo mac2017

Nampak tak macam mana nak hold position pada kontrak futures. Jadi tak pelik kalau volume pada spread chart meningkat semasa rollover date, dan boleh nampak ramai yang SHORT pada kontrak spread FCPO Feb2017-Mac2017 pada 15 Disember 2016 semalam dan kebanyakan antara mereka mungkin nak rollover position long ke next active traded month.

Ada yang minat ke nak tau lebih lanjut pasal spread trading? Share post ni supaya saya tahu ada orang baca dan suka nak tahu lagi.

p/s: spread trading margin adalah lebih rendah dari outright margin

FaizhebatKepentingan Kontrak Spread Dalam Pasaran Hadapan
read more