Software Motivewave Sebagai Trading Platform

Adakah anda layan trade Futures di pasaran antarabangsa? Apa software atau platform trading yang anda gunakan?

Saya sebelum ini memang pengguna tegar Ninja Trader (NT). Yela, sebab free kan. Tapi sejak NT dah buat brokerage ni dia kedekut sikit. Pihak NT dah tak benarkan pengguna untuk menggunakan platform NT untuk trade di broker lain selain broker Philips Capital dan Dorman. Kerana brokerage ini dah bersekongkol partner dengan NT. Atau kalau anda pernah ada license NT dulu kala, boleh la guna NT untuk trade di brokerage lain.

Oleh itu, terpaksalah saya mencari alternatif.

1. Berpindah kepada broker yang menyediakan platform percuma.

Banyak brokerage offshore yang offer package menarik. Apa yang menariknya berbanding brokerage local?

  • Komisen yang lebih murah (serendah $8 per round turn)
  • Datafeed yang murah
  • Programmable software percuma seperti E-Futures atau OEC

Ya, saya juga ada menggunakan software OEC. Ianya percuma dan disediakan oleh brokerage tanpa  sebarang charge bulanan. Walaupun ia mempunyai fungsi yang setara dengan platform lain seperti fungsi auto-trading & programmable custom indicator, akan tetapi ada sedikit kekurangan pada ‘drawing tools’ di chart. Lukisan di chart kurang menarik dan kurang mesra pengguna. Tetapi, jika anda pengguna tegar indikator, ianya masih bagus untuk anda gunakan.

Jika anda seorang yang cheapskate, ia adalah pilihan terbaik. Anda nak tahu ke brokerage apa yang saya maksudkan ni? Boleh contact saya menggunakan borang di sini https://faizsulaiman.com/#contact

*Saya tak mahu disclose secara umum atas sebab conflict of interest dengan kawan-kawan remisier local.

2. Gunakan platform berbayar

Ini adalah jalan termudahlah. Nak cepat, nak senang, nak best. Of course la kena bayar. There is no free lunch.

Macam NT la, dia bagi guna free. Tapi bagi guna basic features. Nak lebih features, kena la beli license. Kalau nak best lagi, boleh la invest sikit duit kat software macam Motivewave. Oklah, untuk naked trader.

Trader yang menggunakan Harmonic Pattern atau Elliott Wave memang sangat-sangat recommended untuk guna Motivewave. Sebabnya, kalau dah malas sangat atau tak ada idea untuk trade, Motivewave boleh tolong count Elliott Wave mahupun tolong plotkan Harmonic Pattern untuk kita. Dengan satu klik saja, beberapa minit lepas tu dah ada count.

Contoh scan Harmonic Pattern

harmonic-scan

Contoh scan Elliott Wave

ew-scan

Tapi tak tahu lah ketepatan Motivewave memplot setiap point pada chart adalah mengikut rules dan guideline. Jadi, untuk ikut bulat-bulat tak boleh lah. Still kena tahu juga macam mana nak count wave atau nak lukis pattern binatang peliharaan pada Harmonic Pattern.

Untuk naked trader, terbaik!!

motivewave-snd

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top