Market Soybean Oil kelihatan sideway pada waktu siang di Malaysia. Mungkin sebab market US aktif pada waktu malam Malaysia iaitu waktu perdana bagi US. Jadi macam mana nak trade kalau market sideway macam ni?
Mudah saja, kalau market sideway macam ni TAK PAYAH la trade. Yang dok gatal tangan nak tekan buy sell tu pasal apa? Salah satu komponen penting dalam trading adalah menahan diri dari sentiasa nak entry. Buat apa nak entry banyak kali kalau setiap entry mengurangkan ekuiti dalam akaun trading.
Market Soybean Oil memang akan buat perangai macam ni. Sideway sepanjang hari, kemudian waktu petang baru ada pergerakan. Kalau aku nampak macam ni, ada 2 cara untuk aku trade
Pertama – Tunggu Bear Trap atau Bull Trap
Bermaksud, tunggu market unfold. Lukiskan range pada pergerakan sideway. Satu side akan break terlebih dahulu. Breakout trader akan selalu terkena dengan entry sebegini. Once entry breakout filled, market pun reverse direction. Selalu terkena? Ha ha ha. Sebab itu ia dinamakan bull trap atau bear trap.
Jadi di mana entry kita? Entry boleh dibuat pada level di mana breakout trader letak stop loss mereka. Omputeh kata your SL is my entry gittew. Ataupun boleh je buat entry pada entry breakout trader, cuma pada arah berlawanan. Trap tak semestinya significant, candle tak perlu close pada bawah atau atas range. Cukup sekadar untuk ‘trigger’ entry breakout trader.
Tapi kalau breakout tu betul-betul jadi? Kalau betul jadi, biarlah. Tunggu entry lain
Kedua – Tunggu Wash and Rinse
Wash and rinse lebih kurang macam trap juga. Tapi level break adalah significant, biasanya jauh dalam 10 ticks dan ia boleh close di bawah atau di atas range sideway. Atau dalam kata lain, breakout trader senyum kejap sebelum muka kelat kena trailing atau SL. Idea disebalik wash and rinse adalah, market nak basuh dan bilas SL korang. Dah basuh satu direction, bilas lagi satu direction. Jadi, kita ambil posisi pada arah bilas
Untuk entry, ingat your SL is my entry. Letak pada SL breakout trader atau entry breakout trader. Maaf bukan bermaksud untuk menidakkan trader breakout. Cuma untuk mudahkan penerangan. In fact, trading untuk trap dan wash & rinse pun masuk style breakout. Cuma di luar conventional method la untuk elakkan jump in to market too early.
Untuk elakkan frustrated “ngam2 SL dia reverse”, “aku dah agak dah nak naik, tapi kena SL pula”. Dan keputusannya, taraaaa…
p.s. ini cuma ilustrasi dan idea personal aku untuk pembelajaran je eh. Kalau kau entry loss diam-diam sendiri. Kalau profit, aku bagi no akaun kita share2 hokkay. 😀