Recap Analisa FCPO ProMap 03 Jun 2026

Setelah market cuti pada Isnin dan Selasa sebab cuti umum, Rabu 3 Jun baru FCPO sambung. Maka, ini adalah analisa yang dikongsikan kepada klien FCPO ProMap pada pagi hari sebelum FCPO open. Analisa awal adalah penting supaya bila market dah gerak, kita tinggal tunggu untuk execute the plan.

Gambar-gambar di atas adalah chart mapping yang menunjukkan possibility movement FCPO sepanjang hari Rabu 03 Jun 2026. Mapping ini dibuat berdasarkan analisa Gann base on konsep “Law of Vibration (L.O.V)” yang ditunjukkan dalam novel TTTA. Secara ringkas ia mengambil pendekatan apa yang pernah berlaku pada waktu lepas, akan berlaku lagi hari ini atau akan datang. Berdasarkan pattern yang sama yang pernah berlaku pada masa lalu.

Seperti biasa 3 analisa akan diberikan sebagai alternatif. InsyaAllah salah satu akan ada yang dominan untuk movement pada hari tersebut. Kalau masih belum clear, kita tunggu dulu sampai clear.

Kita boleh tengok hasil dari kesabaran. Yelah, ramai antara trader ingat nak trade ni perlu mengadap chart setiap masa. Tapi saya tak prefer dengan cara itu. Kalau boleh sekali entry dalam sehari dapat close entry dengan RM700 ke RM800 secara konsisten, mengapa tidak? Hanya perlu bersabar je sikit tunggu entry.

Ajaibnya, ramai yang tak boleh bersabar 🙂

Pada belah pagi, awalnya seperti FCPO nak follow analisa pertama. Sebab open ngam dia pada anggaran di 4602. Kan? cuba baca analisa tu.

Tapiiiii.. cuba tengok seterusnya, market tak turun seperti dijangkakan. Kalau turun balik baru boleh tunggu nak buy pada sekitar 4527.

Sebab itu saya pesan pada jam 12:13PM supaya bersabar dan tunggu dulu. Follow mapping bila clear.

Ingat! saya takkan sesekali berikan signal kepada trader. Semua decision perlu dibuat sendiri.

Selepas FCPO open pada sesi petang, ada kenaikan atas 4630 seperti jangkaan analisa mapping yang kedua. Walaupun anggaran sideway tak begitu clear sebab tak touch sampai 4630 pada waktu pagi, maka agak sukar untuk buy pada 4602 pada realtime. Kalau tengok market dah jadi memanglah nampak jadi, tapi realiti, susah nak tackle entry tersebut.

Tapi untuk entry on pullback bila FCPO naik atas 4630 sempat di ambil. Dengan syarat, sabar dan berani entry on pullback. Potensi profit maksimum sekiranya entry pada 4630 adalah sebanyak 57 ticks (RM1425).

Ini adalah potensi maksimum, tak bermakna semua trader akan entry dan target pada tempat yang sama. Tapi kalau untuk take profit antara RM700 ke RM900 tu tak lari jauh la kan?

Tapi jangan terkejut, ya ada je trader jenis risk taker yang mempunyai high tolerance terhadap price range. Mereka assume sideway dah terbentuk dan entry awal pada 4602. Ini anda kira sendirilah potensi maksimum pada hari itu untuk take profit. (Dalam RM2k++ la juga)

Jadi kalau kita tahu exact level yang penting untuk kita tunggu entry. Tak perlu mengadap chart selalu pun. Boleh set alert, once alert trigger baru tengok chart untuk entry.

Ingat, analisa dan mapping ini diberikan SEBELUM MARKET FCPO OPEN. Ia BUKAN SIGNAL yang diberikan semasa market tengah jalan. Semua klien trader di bawah jagaan saya trade sendiri dan tak berharapkan spoon-feeding signal. Oh ya, as a regulated person tidak dibenarkan untuk beri signal kepada orang awam tanpa lesen tertentu.

Boleh verify timestamp dari screenshot Telegram dan Tradingview. Macam mana boleh tahu kan?

Analisis sebelum market buka FCPO ProMap

Kami tahu anda master teknikal analisis

Tapi kalau anda busy dengan kerja seharian

Upah lah kami buatkan analisa FCPO setiap hari sebelum market buka.

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top