Post Analisis Crude Oil 12 Ogos 2016

Seperti yang telah dijangkakan pada posting sebelum ini (klik sini), pergerakan harga Crude Oil yang dijangkakan adalah seperti di bawah.

Chart Perancangan Sebelum Market Bergerak

crude oil trading plan

Gambar di atas adalah perancangan asal yang menjangkakan market akan ranging atau melakukan pullback yang besar impak dari news. Pergerakan sebenar adalah seperti di bawah. Tiada pergerakan pullback yang berlaku selepas berlaku news release. Pergerakan pasaran Crude Oil masih dalam range berwarna kuning.

Pergerakan Sebenar Market

crude oil post movement

Walaupun seakan-akan sama pergerakan yang dirancang dengan pergerakan sebenar, namun semestinya saya sendiri tak dapat untuk masuk pada tempat-tempat yang dirancangkan. Atas faktor-faktor entry rule dan disiplin trading. Entry pada arrow adalah ideal situation yang mana susah untuk orang yang kurang hebat macam saya ni jangkakan dengan tepat. Akan tetapi ia tidak menjadi masalah besar kerana saya trading bukan untuk ketepatan semata-mata, tapi untuk profit dan kurangkan dari loss. So, saya memilih untuk playsafe dan hanya entry pada confirmation memandangkan market ranging akan selalu makan stop loss sekiranya masuk tanpa trade confirmation.

Entry pada arrow yang terakhir berlaku sekitar jam 12.57am waktu Malaysia. Oleh kerana saya telah tetapkan trading time pada 9PM sehingga 12:00AM sahaja setiap hari (maksimum 3 jam), maka tak dapat untuk masuk. Begitulah situasi sebenar berbanding situasi ideal yang dirancangkan. Adakah perlu untuk berasa menyesal kerana tak dapat masuk pada ideal entry yang dirancangkan? Tak perlu, esok, lusa insyaAllah market masih berjalan dan entry baru sentiasa ada.

By the way, saya kongsikan entry saya hari jumaat hari tu. Order pengecut, masuk dan keluar dengan pantas. Yelah, day trader modal pun tak besar tak berani pegang position besar-besar dan lama-lama. 😀

order-hist1


Pembaca yang budiman, berminat ke nak tahu update dari pos-pos akan datang? Macam analisa sebelum pasaran bergerak ke, post mortem ke, atau apa-apa saja. Kalau berminat, saya akan hantarkan emel kepada anda setiap kali saya ada post entry baru di website. Kalau nak boleh isi form di sebelah bawah ya. Kalau nak la, taknak takpe tanya je.

[newsletter_signup_form id=2]

Share post ini sebagai penghargaan anda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top