Bila perbincangan berkisar tentang aktiviti trading di pasaran hadapan (futures market), rata-rata antara kita akan merujuk kepada pelaburan futures. Pendapat peribadi, ia bukanlah pelaburan, tapi lebih kepada aktiviti spekulasi.
Apa benda pula spekulasi ni? Ok, dalam bahasa lainnya, spekulasi merujuk kepada aktiviti trader yang buat pegangan sell atau buy pada kontrak pasaran hadapan dalam jangka masa pendek. Ia merujuk kepada day trader, scalper mahupun swing trader yang hold position sehingga beberapa hari atau minggu. Aktiviti pelaburan pula makan masa lebih lama sehingga bertahun-tahun.
Kebanyakan instrument Futures mempunyai kadar volatility yang tinggi iaitu range pergerakan harian yang besar. Aktiviti pelaburan pada instrument Futures perlukan modal yang sangat besar untuk menahan pergerakan yang besar ini. Jadi, ia kurang sesuai untuk dijadikan instrument pelaburan untuk jangka masa panjang. Dan bila berkisar tentang pelaburan, ia bukanlah melibatkan aktiviti jual beli harian. Nama pun melabur, mestilah libatkan pegangan yang lama sekurang-kurangnya 5 tahun atau 10 tahun. Tiada istilah melabur dalam masa 10 saat, melabur dalam masa 10 minit atau 1 jam. Anda jual beli kontrak futures dan ambil untuk dari pergerakan harga instrument futures, ketahuilah anda adalah trader atau bahasa canggihnya spekulator. Anda bukanlah pelabur futures.
Kalau pun anda punyai modal yang sangat banyak dan betul anda mahukan pelaburan dalam instrument futures, ia adalah satu perbuatan yang sangat berisiko tinggi. Tapikan kalau anda ada modal banyak, duit tak habis, sudah pasti anda akan melabur dalam instrument yang lebih efisien seperti hartanah high end. Jual beli kondo mewah, mahupun hotel mungkin lebih baik dari risikokan duit yg banyak pada futures untuk tujuan pelaburan.