Law of Vibration adalah bahagian paling sukar untuk difaham dalam cycle analysis. Lebih-lebih lagi tak banyak resource yang straight to the point menjelaskan tentang perihal LoV. Jadi, learning curve tu jadi sangat sukar. Sebab perlu ada jiwa seorang researcher dan bukan jiwa seorang ‘copy-paster’.
Ini adalah part 2, sebelum proceed baca disarankan untuk baca terlebih dahulu part 1 sebelum ini.
Okay, masih lagi dengan sumber rujukan sebelum ini. Iaitu buku tulisan George Bayer: THE EGG OF COLUMBUS. Oh ya, ada sambungan pada tajuknya iaitu, “or The Hidden Movements in Stocks and Commodities Markets”. Agak-agaknyalah kan, kenapa ya pakcik Bayer ni pilih tajuk sedemikian? Apa yang ada dengan telur dan apa kaitan dengan Columbus?
Ceritanya, zaman dulu yang mana aku tak tau ini sahih atau tak. Dikatakan Christopher Columbus ni bijaksanalah sangat. Semasa dia pergi satu pesta hora horey yang mana ada makan buffet sedap. Ada sekumpulan dak gud-gud BBNU cuba pertikai kebijaksanaan Columbus. Columbus bengang jadi, dia ambil satu bakul soft boiled egg, dia cabarlah dak BBNU. Dia kata
“kalau korang gud-gud sangat, meh ambil telur ni. Cuba dirikan telur ni tanpa pegang”
Maka seorang demi seorang dak BBNU pergi ambil telur rebus tersebut dan cuba untuk dirikan. (Mesti korang nak try kan? haha). Dengan harapan boleh tunjuklah yang diorang pun bijaksana juga. Namun, tiada sorang pun dak BBNU boleh dirikan telur rebus tersebut. Mereka pasrah dan mengaku kalah dan menggesa si Columbus untuk buktikan ianya boleh dibuat.
Dengan selamba, mamat Columbus tu ambik telur rebus dan hentak dengan kuat depan muka seorang budak BBNU. Macam gambar kat atas tu. Lepas tu dia sengih sambil membahan dak-dak BBNU di situ.
“Haa.. kan dah berdiri telur tu. Tula korang BBNU ni tak kreatif langsung. Apppaaa daaaa!!”
Oh, cerita tak habis di situ. Dak BBNU tak puas hati sebab macam kena game la pulak. Lantas salah seorang dari mereka berikan sebiji telur mentah kepada Columbus.
“Amacam bro? boleh ka?”
Hekleh.. senang je. Faiz pun boleh buat kot. Kau tengok gambar bawah ni dia buat. Senang je. Hahahahahahaha
Jangan maraaa haaa.. Alaa, aku edit sikit la cerita bagi tak boring. Cerita asal korang boleh cari la kalau nak. Tapi aku nak kaitkan dengan buku Bayer ni. Mungkin dari peristiwa inilah dia pilih untuk “HIDE” Law of Vibration atau movement dalam market kepada penceritaan protokol dalam majlis makan hora horey.
Gambar chart di atas adalah market Wheat Futures timeframe DAILY pada tahun 1991-1997. Nampak tak Law of Vibration dalam chart ni? Tak kot nama pun hidden kan.
Kenapa Wheat dan bukan FCPO? Sebab dalam buku Bayer dia gunakan market Wheat, jadi secara teori logika mungkin lebih mudah guna market yang sama. Tak gitu? Kalau korang nak pakai chart lain pun, carry on.
Apa yang nak tengok untuk Law of Vibration?
Dari gambar chart Wheat ni, ada hidden movement dan elemen Law of Vibration. Caranya adalah baca dulu buku Egg of Columbus. Yang mana Bayer membebel pasal makanan yang dihidangkan dalam buffet. Tugas kita sebagai pembaca yang budiman adalah cuba labelkan pada market.
Mana satu ayam? Mana satu burung? Mana satu ikan? Mana satu wine? Mana satu cheese?
Yang mana biskut? Yang mana P & S? yang mana pula mangkuk tandas?
Ya, begitulah. Apa ingat pakcik Bayer ni tulis saja-saja ke dia makan apa dalam pesta buffet hora horey? Perlu ingat bahawasanya jika yang tulis tu George Bayer, Luther Jensen, W.D. Gann atau yang berkaitan cycle. Ianya tiada kebetulan. Semua yang dia tulis ada tujuan untuk kelirukan mata pihak berkuasa dan pihak copy-paster. Hehe
Setiap urutan makanan yang disebut dalam buku telur tu ada pada market. Cuba teka dalam bentuk apa? Ia sepatutnya mudah saja. Semudah tengok chart je, boleh mark.
“Eh, ni ikan lepas tu market akan buat burung leher jinjang. Kemudian market akan relax dulu minum red wine. Sebelum market menuju ke kacang dan biskut. Lepas tu, ready la nak pergi toilet sebab lama tahan”
Weh, aku dah bagi straight to the point tu. Dapat tak?