Biasanya orang akan tanya, berapa modal yang diperlukan untuk mula trade di Futures Commodity Market. Jawapan mudah adalah, bergantung kepada kapasiti individu dan initial margin yang ditetapkan oleh Exchange di mana sesuatu instrument futures itu didagangkan.
Initial Margin? Apa benda tu?
Nak tahu apa yang dimaksudkan dengan initial margin? Ia adalah modal minimum yang diperlukan untuk mula trade dan ia adalah berbeza mengikut instrument yang didagangkan. Instrument pula merujuk kepada produk-produk Futures Commodity yang didagangkan seperti Crude Oil, Corn, Soybean Oil, Crude Palm Oil, Copper dan sebagainya.
Setiap instrument di dagangkan di exchange berbeza.
Instrument | Exchange | Initial Margin |
Crude Palm Oil Futures (FCPO) | Bursa Malaysia Derivative (BMD) | RM6000 |
Crude Oil Futures (CL) | New York Merchantile Exchange (NYMEX) | USD$3190 |
Soybean Oil Futures (ZL) | Chicago Board of Trader (CBOT) | USD$715 |
Copper Futures (HG) | Commodity Exchange (COMEX) | USD$2530 |
*Maklumat adalah betul setakat pos ini ditulis kerana margin boleh berubah-ubah
Initial margin boleh dikatakan sebagai duit booking atau duit deposit untuk beli / jual produk fizikal sebagai contoh Crude Palm Oil pada masa hadapan (mungkin beberapa bulan akan datang) selepas kontrak hadapan expired. Jadi untuk mengelakkan dari menerima (beli) atau menghantar (jual) produk fizikal, transaksi jual/beli pada kontrak hadapan mestilah diselesaikan sebelum tarikh expiry.
Tak faham? Ok tengok contoh ringkas di bawah
Harga market minyak adalah RM15,000 setong.
Saya jual minyak berharga RM10,000 setong dengan syarat penghantaran pada 3 bulan akan datang. (**harga adalah contoh semata-mata untuk memudahkan pemahaman).
Encik Ahmad nak beli minyak dari saya tapi nak guna 3 bulan akan datang, jadi dapatlah harga RM10,000 (murah RM5000 dari harga pasaran).
Jadi Encik Ahmad mestilah membayar duit booking sebanyak 10% dari nilai harga kontrak iaitu
=10% x RM10,000
=RM1000
Katakan setong dikira sebagai 1 lot. Jadi untuk beli 1 lot minyak, initial margin adalah RM1000. Nak beli 2 lot minyak, kena ada RM2000 lah. Dan seterusnya.
Kenapa saya nak jual murah dari harga pasaran? Kerana saya risau 3 bulan akan datang harga minyak lebih murah dari RM10,000 setong. Encik Ahmad pula risau jika 3 bulan akan datang harga minyak lebih mahal dari RM15,000.
Sebenarnya ada lagi kos-kos yang akan terlibat selain daripada MODAL. Kos “selain modal” ini memainkan peranan PENTING. Ia akan memberi kesan kepada keputusan, sama ada produk atau instrument apa yang sesuai untuk anda trade. Instrument Crude Oil mungkin sesuai untuk saya, tapi tak sesuai untuk anda. Kenapa? Mahukan lebih kefahaman untuk mula trading di Futures Commodity Market?