Baru-baru ini RHB Investment ada release satu platform baru yang dinamakan Ayers GTS. Selepas beberapa lama release GTS, platform N2N pun dimansuhkan dari RHB. Satu gerakan yang bagus untuk market Malaysia, walaupun Ayers GTS taklah secanggih platform lain di pasaran antarabangsa. Namun ia memberikan beberapa fungsi yang dapat penuhi sedikit sebanyak keperluan pengguna.
Mobile Application
Antara fungsi yang bagus adalah, Mobile apps. Berbanding J-Trader, Ayers GTS ada integrasi dengan mobila Apps. Boleh download dari Google Playstore dan log masuk menggunakan username dan password trading account. Sangat convenient untuk yang selalu mobile dan perlukan flexibility.
Tiada Yuran Langganan
Berbanding J-Trader yang perlukan pengguna untuk bayar yuran langganan secara bulanan, dengan Ayers GTS tiada yuran langganan dikenakan (setakat tarikh dan masa post ini ditulis). Pengguna J-Trader perlu deposit minimum RM10,000 untuk waive yuran langganan bulanan, namun tiada deposit minimum untuk pengguna Ayers GTS.
Chart Percuma
Ada disediakan chart percuma pada platform Ayers GTS. Chart adalah berasaskan platform Nextview dan ia adalah chart basic. Oklah untuk tengok chart. Tapi untuk heavy technical drawing kurang sesuai.
Trading Style
Untuk day trader, short term trader atau scalper, Ayers GTS mungkin BUKAN untuk anda. Kekurangan yang nyata pada Ayers GTS adalah pada reflector. Reflector atau Depth of Market (DOM) pada J-Trader adalah jauh lebih baik berbanding GTS.
Rujukan lanjut boleh tengok di video Youtube oleh seorang FBR RHB, Ahmad Faridzul (Abah Furqan), Phone: +6019-359 5634
Ayers GTS Platform Guide (Desktop)
Dan untuk Ayers GTS Mobile Platform Guide