Guna Teknikal Analisis Bersama Forecast

Apa sibuk-sibuk dengan forecast kalau dah tahu teknikal analisis. Okay carry on kalau itu yang lebih baik untuk diri anda sendiri. No problem at all. Namun aku berpendapat yang bila ada forecast date, kita sebagai trader punyai a lot more advantages over any average trader.

Satu advantage part nak hold position sampai bila. So tak adalah nak sibuk tanya sifu masing-masing. Boleh hold lagi ke tak, boleh hold lagi ke tak. Kamonlah, build your own exit plan. Control your own trade. Sampai bila nak berharap kat orang lain. Ye tak?

Satu lagi advantage adalah tak payah tertunggu-tunggu bila nak entry. Bila diketahui 25 November 2019 adalah possible reversal date. Jadi, tunggu sahaja sehingga tarikh ini. Walaupun tiada direction dan hanya tarikh diketahui, percayalah ia sangat membantu dalam buat keputusan.

Secara logik, jika namanya reversal date. Maka position yang perlu kita ambil adalah counter trend lah. Jika trend sedang naik, kita tunggulah signal untuk sell. Begitulah sebaliknya, jika trend turun tunggu signal untuk buy. Macam mana nak tau trend tengah naik ke turun? Tengok market je akan tahu.

Sebagai contoh, gambar di bawah adalah contoh realtime FCPO 15 minit pada 25 November 2019. Iaitu reversal date yang diberikan. Katakanlah trading strategy kita adalah sesimple gunakan Stochastic Overbought dan Oversold (Stoch OB OS) sebagai indication untuk buat keputusan. Boleh beritahu saya, apa akan jadi bila tidak diketahui 25 November 2019 adalah reversal date?

Sudah pasti anda akan entry pada OB1, OB2, dan OB3. Apa akan jadi seterusnya?

“Aaaahh.. merepek lah teknik Stoch OB OS ni. Tak menjadi langsung. Tiga kali entry, semua kena stop loss.”

Nanti dulu, kenapa tak entry pada OB4? Sudah tentu sebab dah give up dengan teknik Stoch OB OS kan? Dah 3 kali loss takkan nak entry guna benda yang sama. Betul?

Bagaimana pula bila 25 November 2019 sebagai reversal date diketahui lebih awal? Bukankah possibility & probability untuk kita entry pada masa yang tidak sesuai dapat dikurangkan? Seterusnya error dalam trading dapat dikurangkan. Kurang buat error dalam trading lebih berikan ketenangan kepada trader.

Mana nak dapat tarikh forecast ni? Boleh dapatkan info di Telegram Channel ini. Jangan la segan, meh la. Jom KLIK button di bawah!

Share post ini sebagai penghargaan anda

5 thoughts on “Guna Teknikal Analisis Bersama Forecast”

  1. Alhamdulillah ..perkongsian yang sangat bermanfaat. Semoga lebih ramai trader mendapat faedah dan sentiasa tenang dalam membuat keputusan.

        1. Boleh, tapi ada beberapa market behaviour yang kadangkala menghalang (mungkin akan hit breakeven atau trailing stop).

          Keadaan di mana price ahead of time (price gerak laju awal). Possible utk hit traling. Berbanding dengan time ahead of price iaitu mula2 tak gerak banyak kemudian market move pada reversal date.

          InsyaAllah ada masa saya buat post baru pasal ni.

Leave a Reply to Muhammad Sofi Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

The reCAPTCHA verification period has expired. Please reload the page.

Scroll to Top